Al-kisahnya….. Hari ni heboh perdebatan mengenai kenaikan Harga Minyak RON95 sebanyak 20sen seliter yang baru diumumkan sebentar tadi oleh PM kesayangan kita semua…Macam-macam keluar status di Facebook mahupun Twitter dan Blog…Masing-masing membantah dan tak kurang  jugak yang setuju.

Bagi yang setuju tu aku tak tahu lah apa yang ada dalam kepala otak beliau…Nak sokong pun sokong lah gua tak heran sebab orang kata kalau dah berkarat tu tetap berkarat kata apa pun semua setuju…

Screen Shot 2013-09-02 at 9.58.47 PM

Ni salah satu status oleh salah seorang rakan FB aku dan juga seorang blogger macam aku juga…Pendapat beliau menganei Kesan Kenaikan Harga Minyak RON95 kepada student IPT… ermm actually lebih kepada PTPTN dan isu kenaikan harga barang.

Student .. belajar kat IPT .. dengan pinjaman PTPTN. Kena pinjam, duit tak cukup, belanja harian dah makin naik.

Kena belajar pandai-pandai, kena bersaing dengan ramai untuk dapat kerja bagus. Keluar IPT nanti, dapat ijazah …nak bayar PTPTN. Nak beli rumah … errr nak beli kereta … errr nanti dulu, duit tak cukup .. belanja harian dah makin naik. Nak hantar mak pak gi haji lagi ..

Kena keja keras … kena cari duit banyak-banyak, bagi habis bayar pinjaman PTPTN, nanti nak kawin …. tak nak buat maksiat. Susah nak kawin sbb hantaran mahal sangat … kata mereka belanja harian dah makin naik.

Nak pegi haji, hmm tak cukup lagi duit tabungan, semua duit kena guna nak bayar PTPTN, kahwin? Hmm nampaknya tak naklah kahwin .. nanti kawin kena banyak duit … yelah, belanja harian dah makin naik.

Mak abah rindu. Nak balik kampung. Tak boleh nak balik, mungkin raya 10 tahun nanti baru leh balik. Susah nak balik, tol mahal, minyak mahal … sekarang ni pun makan ikat perut hari2. Kawin …hmm dah lupakan dah.

Gara-gara belanja harian dah naik …. –HASRUL HASSAN

Kan…Untunglah rakyat malaysia kan….Malaysia masih lagi aman….

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge