Waktu Sesuai Untuk Melancong di Jepun dan Korea

11203107_10204390763953122_5417058727569316323_n
Waktu Sesuai Untuk Melancong di Jepun dan Korea

Waktu Sesuai Untuk Melancong di Jepun dan Korea. Seperti di ketahui ramai Negara Jepun dan Korea mempunya 4 musim ya adik-adik iaitu Musim Sejuk (Winter), Panas (Summer), Bunga (Spring) dan Luruh (Autumn).

Entry ini aku up kan disebabkan perasaan yang membara untuk menjejak ke negara 4 musim ini tetapi tak tahu lah bila boleh pergi, kalau ada rezeki terbanglah aku ke sana kalau tidak ada Insha Allah mungkin belum tiba masa lagi kot.

Selain Korea dan Jepun, Australia juga mempunyai musim yang lebih kurang sama dengan Jepun dan Korea kalau tak silap aku lah. Kalau salah sorry okey sebab geografi aku tak berapa nak bagus. Masa PMR dulu dapat C jer untuk geografi (Cerita Benar).

Dalam bersahaja aku di Pejabat malam-malam buta ni sengaja aku goolee musim-musim di korea dan jepun mana tahu ada rezeki boleh ke sana satu masa nanti. So semestinya apabila ke sana aku akan target untuk musim Luruh, Bunga dan Winter. Musim panas tu tak berapa nak minat.

MUSIM – MUSIM DI JEPUN

Picture 7560
Summer (Musim Panas)

Bermula dengan musim panas (Summer) – Sekitar bulan Jun

Picture 672
Autumn (Musim Luruh)

Kemudian musim luruh pula – Berlaku pada sekitar akhir September di mana daun-daun pokok mula kekuningan dan berguguran

Picture 7209
Winter (Musim Salji)

Diikuti pula dengan musim salji@winter – Permulaan musim sejuk sekitar Disember. Permulaan salji turun pada sekitar Januari dimana Pokok  hanya tinggal ranting.

slide_274677_1984124_free
Winter (Musim Salji)

Salji turun dengan lebatnya pada penghujung Febuari. Semua pokok diseliputi salji.

Picture 7390
Spring (Musim Bunga Sakura)

Dan musim yang terakhir ialah musim bunga…Pokok Sakura mula merimbun pada akhir bulan april. Tiga minggu selepas pokok sakura mengeluarkan bunga,ia akan mula berguguran dan putik-putik daun mula tumbuh. 2 minggu kemudian, pokok akan kembali berdaun hijau. Ini menunjukan musim panas bakal muncul

MUSIM – MUSIM DI KOREA

MUSIM PANAS-SUMMER

Bulan Jun,Julai,Ogos

Cuaca musim ini panas,lebih kurang macam dekat Malaysia.Waktu ini ramai rakyat korea akan ke pantai. Kadang-kadang hujan turun dengan lebat pada musim ini. average temperature 35?c Kalau pergi masa musim panas ini,sila bawak cermin mata hitam,minum banyak air dan jangan lupa payung

Pakaian :

  • Jacket – Tidak perlu.
  • Sweater – Mengikut keperluan
  • T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya. Lengan pendek memadai bagi lelaki . Jika lengan panjang, fabrik kapas.
  • Seluar – Tidak  tebal.
  • Sarung Tangan – Tidak Perlu.
  • Kasut – Yang tidak bertutup lebih sesuai seperti sandal.
  • Stoking -Mengikut keperluan

MUSIM SEJUK-WINTER

Bulan Disember,Januari,Februari

Siapa hendak main salji boleh pilih musim sejuk. Average temperature -10?c. Sejuk..freezing Jangan lupa bawak baju sejuk tebal-tebal ye

Pakaian :

  • Winter Coat – Wajib (Melainkan anda Iceman)
  • Sweater – Manalah tahu kalau2 winter coat tak dapat nak warmkan tubuh badan.
  • T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya.
  • Seluar – Seluar panjang contohnya jeans, cargo pants atau lain-lain yang sedikit tebal.
  • Sarung Tangan – Perlu, untuk mengelak tapak tangan anda sejuk dan kebas.
  • Penutup Telinga – Perlu untuk mengelakkan telinga berdesing.
  • Kasut – Bertutup, but musim sejuk lebih sesuai.
  • Stoking – Perlu, amat berguna pada waktu tidur.

MUSIM BUNGA-SPRING

Bulan Mac,April,Mei

Siapa hendak tengok bunga sakura boleh datang masa musim ini. dengan langit yang membiru,mesti best jalan-jalan. average temperature 10?c..still sejuk kan Jadi jangan lupa bawak jaket tebal

Pakaian :

  • Jacket – Wajib. Jacket yang sedikit tebal amat sesuai.
  • Sweater – Perlu. Kerana di dalam rumah pun kadangkala sejuk.
  • T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya
  • Seluar – Seluar panjang. Jeans atau lain-lain.
  • Sarung Tangan – Yang tidak terlalu tebal sudah memadai.
  • Kasut – Bertutup.
  • Stoking – Stoking yang tidak tebal memadai.

MUSIM LURUH-AUTUMN

Bulan September,Oktober,November

Masa yang sangat sesuai nak lawat Korea. Boleh tengok daun-daun bertukar warna dan berguguran di bumi. Kebanyakkan yang telah sampai musim ini menyatakan pemandangan korea waktu ini sangat cantik.. Average temperature 20?c (agak sejukkan..) Kalau pergi musim ni,sila pakai footware yang sesuai sebab akan banyak berjalan untuk menikmati pemandangan yang indah di Korea

Pakaian :

  • Jacket – Perlu kerana suhu pada musim ini adalah sejuk!
  • Sweater – Jika dibawa bersama lebih bagus.
  • T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya.
  • Seluar – Seluar panjang lebih sesuai.
  • Sarung Tangan – Yang tidak tertalu tebal memadai.
  • Kasut – Bertutup lebih sesuai.
  • Stoking – Perlu kerana cuaca pada waktu ini dingin
 

Wah bestkan….Semoga satu hari nanti tercapai jugak impian aku untuk ke sana….Insha Allah….

*******************************************

TIP TRAVEL KE OVERSEAS: Travel tanpa internet baik korang duk terperap kat dapur rumah korang jer. Unless korang ni jenis penyiasat sendirian atau pembunuh upahan. So untuk penjimatan semasa travel baik korang pi sewa SAIMURAI POCKET WIFI dulu sebelum fly...Coverage mantap jangan risau. InshaAllah boleh cover satu dunia.....

Share this post

10 thoughts on “Waktu Sesuai Untuk Melancong di Jepun dan Korea

  1. info yg sgt berguna…thanx coz sharing…tgk awk travel best jer…insyaallah sekirannya ada rezeki akan sampai d sn stu hari nanti…amin…tempat yg amat2 teringin nak g… ^____^

    Reply

Post Comment

CommentLuv badge