Home TRAVEL Travel Tips Senarai Tempat Menarik di Melaka

Senarai Tempat Menarik di Melaka

6149
24

Senarai Tempat Menarik di Melaka | Melaka salah satu negeri paling bersih pernah aku lawati dan banyak tempat pelancongan yang cukup menarik untuk di lawati. Semalam aku berkesempatan untuk singgah ke tempat menarik di sekitar Bandar Melaka.

Hajat di hati dah lama nak ke Melaka namun disebabkan kekangan masa terpaksa di tangguh dulu dan alhamdulillah akhirnya berkesempatan aku ke Negeri Melaka yang penuh dengan sejarah ini.

DSC_0466

Menikmati pelayaran cruise di Sungai Melaka

Aku bertolak ke melaka dalam jam 1 petang dari Putrajaya dan tiba di Bandar Melaka dalam jam 3.00 petang.

tempat pertama yang aku singgah adalah Melaka River Cruise. Disini aku berpeluang menaiki cruise untuk pusing-pusing kawasan sekitar sungai Melaka. Memang terdapat bayak tempat menari yang boleh aku nikmati. salah satu nya kampung yang di tengah bandar tu. aku x ingat dah kampung apa. tapi kampung tu memang cantik sangat.

Selepas aku naik cruise sungai melaka dalam 3o minit aku terus ke A Famosa. Di sana memnag banyak peninggalan sejarah. tetapi aku hanya sempat berada di sekitar tempat tu dalam hanya 30 minit jer sebab nak kejar masa untuk balik pejabat jam 9 malam nanti.

1233401_10200682664132944_790296423_n

Menikmati Makan Malam di Parameswara Ikan Bakar

Lepas ke kota A Famosa aku singgah di umbai ikan bakar. Di Parameswara ikan bakar yang bagi aku cukup marvelous. Sudah pastinya perut perlu di isi dulu sebelum aku balik Cyberjaya baru lah seronok nak balik kan…

Disana seperti biasa aku akan makan sea food sepuasnya..harga pun berpatutan dan service yag mantap dan cepat. Makanan pun sedap.

Lagi satu kalau ke melaka memang tak sah kalau korang tak cuba Asam Pedas Popular di Melaka

 Melaka memang terkenal dengan negeri yang penuh dengan sejarah. Terdapat banyak tempat pelancongan di Melaka. Bagi yang minat sejarah ni boleh lah cuba melancong di Melaka.

Antara Tempat – Tempat Menarik di Melaka

# Tapak bersejarah

  1. Makam Hang Tuah
  2. Makam Tun Teja
  3. Perkuburan Belanda
  4. Makam Hang Jebat
  5. Makam Hang Kasturi
  6. Perigi Hang Li Poh
  7. Makam Sultan Hussein
  8. Perigi Hang Tuah
  9. Perigi Raja
  10. Kota Kuala Linggi
  11. A Famosa
  12. Kota St. John

# Tempat agama

  1. Masjid Kampung Hulu
  2. Masjid Tengkera
  3. Masjid Tanah
  4. Masjid Kampung Kling
  5. Masjid Al-Azim
  6. Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi
  7. Kuil Sam Po Kong
  8. Kuil Hang Li Poh
  9. Kuil Cheng Hoon Teng Temple
  10. Gereja Christ
  11. Gereja St. Francis Xavier
  12. Gereja St. Paul
  13. Gereja St. Peter

# Tempat bersejarah

  1. Melaka Pindah
  2. Kampung Tedong
  3. Porta De Santiago
  4. Persiaran Jonker – Jonker Walk
  5. Villa Sentosa
  6. Tanjong Tuan
  7. Kota St. John
  8. Dataran Portugis
  9. Kampung Chitty
  10. Masjid Selat
  11. Kampung Semabok

# Muzium di Melaka

  1. Muzium Pemerintahan Demokrasi
  2. Muzium Tuan Yang Terutama
  3. Muzium Islam Melaka
  4. Istana Kesultanan Melaka
  5. Muzium Sejarah dan Ethnografl
  6. Galeri Laksamana Cheng Ho
  7. Muzium Sastera
  8. Muzium Belia Malaysia
  9. Galeri Seni PERZIM
  10. Muzium Rakyat
  11. Muzium Kecantikan
  12. Galeri Layang-layang
  13. Muzium Samudera (Replika Flor de La Mar)
  14. Muzium Samudera Fasa II
  15. Muzium TLDM (ditutup untuk naiktaraf)
  16. Muzium UMNO
  17. Kapal Ex-KD Sri Terengganu (ditutup untuk naiktaraf)
  18. Muzium Orang Asli, Ayer Keroh (ditutup untuk naiktaraf)
  19. Muzium Adat Istiadat, Alor Gajah
  20. Muzium Pertanian, Jasin
  21. Muzium Laut
  22. Muzium Warisan Baba dan Nyonya
  23. Muzium Pulau Besar
  24. Muzium Setem Melaka

# Tempat Menarik di Ayer Keroh

  1. Taman Mini Malaysia
  2. Taman Mini Asean
  3. Zoo Melaka
  4. Taman Burung
  5. Hutan Rekreasi Ayer Keroh
  6. Taman Buaya
  7. Dataran Sejarah
  8. Taman Budaya Melaka
  9. Muzium Orang Asli
  10. Taman Ular dan Reptilia
  11. Tasik Ayer Keroh
  12. Auyin Hill Resort
  13. Taman Rama-rama

# Tempat Menarik lain

  1. Sungai Melaka
  2. Menara Taming Sari
  3. Dataran Pahlawan
  4. Dataran Sejarah
  5. Dataran Bandaraya
  6. Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang
  7. Taman Rekeraksi dan Air Terjun Gunung Ledang , Asahan

# Pantai dan Pulau

  1. Pantai Klebang
  2. Pantai Tanjung Bidara
  3. Pantai Puteri
  4. Pantai Pengkalan Balak
  5. Pantai Kundor
  6. Pulau Besar
  7. Pulau Upeh

# Makanan

  • Asam Pedas
  • Cencalok
  • Belacan
  • Gula Melaka
  • Dodol
  • Tapai
  • Makanan Baba Nyonya
  • Makanan Masyarakat Chitty
  • Satay Celup
  • Nasi Ayam Bebola

# Penginapan

  1. Homestay Melaka
  2. Asia Heritage Hotel Melaka
  3. Yellow Mansion Boutique Hotel Melaka
  4. Villa Heritage Residence Melaka
  5. Hotel Dream Melaka
  6. Hotel Shahbandar Melaka
  7. Laksamana Townlodge Melaka
  8. Mahkota Guest House Melaka

 

24 COMMENTS

  1. wow,banyak tempat yg menarik… sy n fmily baru je g zoo melaka… tu pn xhabis pusing… rase macm nk g lg tp xtau nk g tempat mane… boleh tlg suggestkan x tmpat yg best n ad penginapan yg murah yg berdekatan…tq

  2. dah lama teringin nak gi Melaka tapi belum ada rezeki nak sampai ke sana.. memang banyak betul tempat menarik kat Melaka kan… wajib plan for holiday next year ni sebab this year dah tak berkesempatan… cuti pun dah abis… hihiii

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge