Percutian Ke Pulau Redang
Percutian Ke Pulau Redang

Bajet Percutian Ke Pulau Redang 3 Hari 2 Malam. Alhamdulillah selamat sampai ke Putrajaya dari Pulau Redang Terengganu. dengan ini tamatlah sudah percutiaan 3 hari 2 malam aku di pulau redang. apa yang aku boleh katakan best.

Nak kata sangat best tu tak leh jugak sebab percutian ni aku rancang last minit jadi banyak perkara yang dirancang tak menjadi terutama dari segi pemilihan resort di sana yang bagi aku tak berapa puas hati.

Percutian Di Pulau Redang 3 Hari 2 Malam 

Redang Bay Chalet Pulau Redang Terengganu

Di sebabkan booking last minit aku terpaksa ambil Redang Bay Resort yang boleh dikatakan agak bajet walaupun harga tak nampak bajet sangat. Lain-lain semua best cuma part resort tu jer bagi aku cukup tak memuaskan.

Hajat di hati nak menginap di Laguna Resort tapi semua penuh termasuklah Coral Island Resort, Redang Beach resort, Reet Resort dan Lagoon Resort.

Untun post kali ini aku nak mention bajet aku sepanjang aku berada di Pulau Redang…

Pakej Snorkeling di Redang Bay Resort termasuk penginapan, dan makan utk 3h2m – RM496 per person

Sewa Bola Tampar – RM50 (Deposit –  boleh ambil balik lepas hantar bola)

Sewa Underwater Camera – RM50 (150 Shoot)

Sewa peralatan Snorkeling – RM30

Supper di Redang Beach Resort untuk malam pertama – RM16

Supper di Laguna untuk malam kedua – RM49

Bagi aku Percutian ni tak boleh nak kata bajet sangar sebab memang terlebih bajet…hehe.. Berbeza dengan di Pulau Perhentian tahun lepas peralatan snorkeling berada di dalam pakej termasuk supper.

Dan paling tak best aku terlepas kedua-dua Lunch kat resort..heheh

1012500_10200729524584426_1797279530_n 1233590_10200691177025761_582097822_n

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

12 COMMENTS

  1. Slm semua..
    Saya seorang runner pekej untuk beberape resort/chalet di pulau redang
    Sesiapa yang berminat nak ke sana boleh hubungi/whatsapp untuk
    Sebarang pertanyaan/keterangan dan tempahan 0179799773

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge