Z30_side

Aplikasi Utama Melancong Untuk BlackBerry Z30 | Melancong boleh dikatakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan. Akan tetapi, ia juga boleh menjadi satu mimpi ngeri yang penuh dengan jadual perjalanan rumit, keresahan membeli tiket dan arah tuju perjalanan. Oleh kerana itu, anda perlu mencuba beberapa aplikasi perjalanan penting untuk BlackBerry anda:

blackberry-travel-blackberry

BlackBerry Travel

Salah satu aplikasi pelancongan paling cekap untuk BlackBerry 10 diterbitkan oleh BlackBerry sendiri. Ia adalah app BlackBerry Travel. Aplikasi ini adalah percuma dan ia adalah sesuai untuk pengguna yang kerap melancong.

BlackBerry Travel mempunyai ciri-ciri seperti perkongsian status perjalanan dengan rakan-rakan melalui rangkaian sosial anda, seperti BBM, Facebook atau Linked In. Anda boleh berkongsi lokasi terkini anda ataupun lokasi anda akan datang. Disamping itu, anda juga boleh berkongsi jadual perjalanan anda dengan rakan-rakan.

Ciri lain BlackBerry Travel termasuk perkongsian status penerbangan. Sebagai contoh, ciri ini membolehkan anda memaklumkan rakan-rakan anda jika penerbangan anda terlewat. Anda juga boleh menjejaki harga terbaik tiket, hotel dan perkhidmatan perlancongan lain dengan fungsi amaran harga app ini. BlackBerry Travel juga membolehkan anda menempah semula tanpa sebarang kos tambahan.

concur

Concur

Concur adalah aplikasi penting untuk pelancong perniagaan. Ia adalah aplikasi pengurusan perbelanjaan dan perjalanan yang membolehkan anda menjejaki perbelanjaan anda semasa berkerja di luar negara. Ia juga boleh dihubungkan dengan perisian Concur lain yang syarikat anda mungkin menggunakan, seperti Concur Small Business.

Ciri utama Concur ini membantu anda menjejaki apa yang anda belanjakan semasa kunjungan perniagaan. Sebagai contoh, anda boleh merakam resit anda dengan mengambil gambar dengan kamera BlackBerry anda. Anda juga boleh membuat laporan perbelanjaan secara automatik di dalam aplikasi.

Tetapi Concur juga membolehkan anda melaksanakan lebih daripada itu. Ia juga berfungsi sebagai alat perancangan perjalanan. Concur membolehkan anda melihat butiran status penerbangan seperti kelewatan, pembatalan dan pintu berlepas; carian penerbangan, sewaan kereta dan hotel; dan meluluskan kunjungan perniagaan pekerja anda.

tripit_logo_huge

TripIt

TripIt adalah salah satu aplikasi pelancongan yang paling aktif di rangkaian sosial untuk BlackBerry. Ia terkenal oleh kerana interfacenya yang menyeronokkan serta ciri-ciri perkongsian di rangkaian sosial. TripIt membolehkan perkongsian maklumat perjalanan secara mudah.

Salah satu kekuatan TripIt adalah keupayaan pengguna berkongsi maklumat diantara pelbagai platform lain dan rangkaian sosial. Sebagai contoh, TripIt boleh mendapatkan maklumat perjalanan terus dari Gmail atau Google Apps Mail secara automatik. Ia juga boleh menyegerakkan maklumat dengan kalendar BlackBerry.

Di samping itu, TripIt mempunyai ciri-ciri sosial yang kuat. Sebagai contoh, pengguna TripIt boleh melihat senarai para pelancong dan orang yang berdekatan. Anda boleh melihat profil pengguna TripIt mereka. TripIt juga boleh didapati didalam versi ‘pro’ yang membolehkan anda menerima amaran perjalanan sambil di dalam perjalanan, cadangan penerbangan dan menjejak mata ‘frequent flyer’ anda.

Aplikasi perjalanan boleh membolehkan kunjungan perniagaan atau percutian anda lebih terurus dan menyenangkan. Pastikan anda memuat turun beberapa aplikasi yang disebutkan untuk mengambil menyerlahkan kebolehanperanti BlackBerry 10 anda.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge