Home LIFESTYLE Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Rangkaian Komputer UniMAP Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Rangkaian Komputer UniMAP Dengan Kepujian

2584
2

389261_10151535465777886_1502555330_n

(Senior Tahun 4 Kejuruteraan Rangkaian Komputer UniMAP)

Assalamualaikum…

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Rangkaian Komputer UniMAP Dengan Kepujian. Bagi adik-adik yang dapat tawaran untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Rangkaian Komputer UniMAP Dengan Kepujian tahniah abang ucapkan. welcome to network engineering…

Aku sekarang dah tahun 4 di Unimap dalam kata lain tahun akhir, alhamduillah tinggal setahun lagi untuk aku habiskan degree aku dengan kepujian dalam bidang yang aku minat iaitu Sarjana Muda Kejuruteraan Rangkaian Komputer. (Computer Network Engineering – RK93)

Buat adik-adik yang minat mengenai network ni memang sesuai dengan kursus ni lagi-lagi yang power programming dan security network. Nanti bila dah kat unimap tu pandai-pandai lah berdikari yer. mengenai kolej kediaman dan tempat belajar tu memang agak susah sikit tapi bagi aku its ok tak ada maslaah sebab bas banyak di sediakan.

UniMAP – B.Eng. (Hons) (Computer Network Engineering) RK 93

Tempat kuliah pun semua bangunan baru dan selesa sampai apabila berada dalam kuliah pun korang boleh tertidur disebabkan kerusi nya yang sebijik macam dalam panggung wayang, Kemudahan wifi lak disediakan so tak ada masalah korang nak online di sekitar kampus. laju pon not bad lah.

apapun aku ucapkan selamat datang ke unimap dan selamat menjadi warga PPK Komputer dan Perhubungan. Dan menjadi sebahagian dari warga Network Engineering.

Kalau nak nota ke apa ke boleh jer bagi tau aku. Insha Allah aku boleh tolong. bagi adik-adik yang dah dah inbox email aku insha allah aku jawab  cuma lambat dengan cepat jer

tapi kalau korang buat kepala dan berlagak memang kaki makan korang..hahaha please respect each other dan respect senior too okay!

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge