Percutian Pulau – Pulau Perhentian, Pulau Tioman, Tanjung Rhu | Top 50 Pantai Terbaik Di Dunia. Antara 3 yang tersenarai ni hanya Pulau Tioman sahaja aku belum menjejakkan kaki lagi. Insha Allah Mungkin satu hari nanti. Sumber ini aku petik dari Harian Metro. sangat berinfomasi untuk dikongsikan.
Ombak memukul pantai dengan pasir putih bak kapas cukup mendamaikan. Angin pantai yang bertiup lembut bagaikan mendodoi saat bersantai di kerusi panjang menghadap lautan yang membiru.
Saat dibelenggu dengan pelbagai masalah dan bebanan kerja seharian, memilih pantai untuk menyenangkan fikiran adalah langkah cukup bijak.
Dek keindahan, kejernihan lautan dan kebersihan pantainya, rangkaian berita antarabangsa, CNN dalam kaji selidiknya menyenaraikan tiga pantai di Malaysia berada di kedudukan 50 teratas daripada 100 Pantai Terbaik Dunia, baru-baru ini.
Pantai Pulau Perhentian Kecil, Terengganu (di tangga 13), Juara Beach di Pulau Tioman, Pahang (di tangga 21) dan Tanjung Rhu di Langkawi, Kedah (di tangga 49).
Senarai itu berdasarkan maklum balas pelancong, rakan-rakan dan pembaca serta lawatan di tapak serta penyelidikan.
Pulau Perhentian Kecil, Terengganu
Sekali anda mengalami bercuti menarik di Pulau Perhentian, tiada ada lagi yang sama sepertinya. Itulah komen CNN mengenai Pulau Perhentian, Malaysia.
Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar yang mempunyai tempat penginapan sedikit mahal adalah syurga kegembiraan buat sang pengembara.
Kemuncaknya Pulau Perhentian, menurut CNN, perairannya yang membiru itu mengandungi penyu dan jerung kecil memang mempesona.
URANG pembangunan memelihara keindahan Pantai Juara, Pulau Tioman.
Juara Beach, Tioman Island, Pahang
Kurangnya pembangunan daripada Thailand, Juara Beach, Pulau Tioman memberikan suasana alam semula jadi, bagi anda merasakan keadaan tenang sepanjang percutian.
Pantai Juara, Pulau Tioman adalah tempat terbaik menguji adrenalin yang mahukan cabaran ‘rock-climbing’ di Gunung Nenek Semukut.
PANTAI dikelilingi gua batu kapur purba di Tanjung Rhu, Langkawi memukau.
Tanjung Rhu in Langkawi, Kedah
Kebanyakan pelancong di Langkawi berduyun-duyun ke pantau Cenang tetapi Tanjung Rhu adalah lebih cantik dan menjanjikan suasana lebih tenang.
Kawasan pantai yang panjang dikelilingi gua batu kapur purba, air yang beralun dan bakau tebal, ia sememangnya satu destinasi yang cukup mendamaikan.
Panorama Gunung Mat Cincang, satu daripada gunung tertinggi di pulau-pulau adalah cukup menakjubkan dan surah dilihat di mana-mana tempat.
Selain daripada tiga pantai yang tersenarai antara 50 pantai terbaik di dunia, Malaysia juga mempunyai beratus-ratus pulau tropika yang menghiasi perairan dan pantai yang cukup menakjubkan.
Keindahan alam semula jadi dan pemandangan di pantai-pantai Malaysia ini menjadikannya ia sebagai satu destinasi utama di rantau ini untuk melihat matahari terbit dan terbenam, laut yang luas membiru dan pasir pantai yang putih bak kapas.
Berikut adalah juga antara pantai dan pulau yang terbaik mengikut pilihan penduduk tempatan sendiri.
BERENANG bersama ribuan ikan di Sipadan menakjubkan.
Pulau Sipadan, Sabah
Sipadan adalah lokasi menyelam yang terkenal di peringkat antarabangsa yang dikelilingi oleh Laut Sulawesi. Kedudukan geografi Sipadan dalam lingkungan Indo-Pasifik iaitu pusat habitat laut terkaya di dunia menjadikannya syurga bagi penyelam.
Pemandangan yang disajikan cukup indah, dengan terumbu karang yang berwarna warni, ikan pelbagai jenis, penyu yang bebas berenang dan banyak lagi.
Keindahannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Bagi mengekalkan ekosistem di pulau yang indah itu, penginapan hanya disediakan di pulau-pulau terdekat iaitu Mabul dan Kapalai dan lawatan ke Sipadan juga harus di rancang terlebih dahulu.
Untuk ke Sipadan, lapangan terbang terdekat ialah Tawau. Ia mengambil masa sejam ke Semporna sebelum meneruskan perjalanan selama 40 minit menaiki bot laju ke Pulau Sipadan.
KAPALAI janji kelainan.
Mabul dan Kapalai, Sabah
Terletak hanya 25 minit dari Sipadan, Mabul adalah satu lagi permata di laut Sulawesi. Pemandangan laut yang disajikan di Mabul menakjubkan.
Kepelbagaian hidupan laut membuat Mabul antara lokasi terbaik untuk menyelam.
Kapalai juga adalah satu lagi lokasi yang hebat untuk pencinta selam skuba.
Malah, pulau kecil ini diberikan pengiktirafan oleh ramai wartawan penyelam sebagai salah satu destinasi terbaik makro menyelam di dunia.
Sama seperti Sipadan, titik utama kunjungan ke Mabul dan Kapalai ini adalah Semporna.
Pulau Redang, Terengganu
Terletak kira-kira 45 kilometer di luar pantai Terengganu, ia adalah pulau yang terbesar di negeri ini yang terkenal dengan pemandangan menakjubkan dan tapak menyelam hebat.
Lokasi paling popular di pulau ini adalah Long Beach sepanjang 800 meter. Kebanyakan chalet kecil dan resort dibina di sepanjang pantai.
Jauh sedikit dari Long Beach iaitu di Teluk Dalam Kecil menempatkan satu resort bertaraf lima bintang.
Perkara yang harus dibuat saat berada di Pulau Redang? Pastinya snorkling di Taman Laut, meneroka 31 tapak menyelam, berjalan-jalan di sepanjang Long Beach, bermain bola tampar pantai dan bersiar-siar melihat burung, tupai atau monyet.
PANTAI Cherating tawar lokasi menyenangkan di tengah suasana desa.
Pantai Cherating, Pahang
Menjadi lokasi pertama resort terkemuka, Club Med di Asia dan dikelilingi perairan Laut China Selatan, Pantai Cherating menawarkan percutian yang cukup menyenangkan di tengah-tengah suasana desa.
Terletak lebih kurang 47 km di utara Kuantan, sepanjang pantai dipenuhi dengan hotel, resort bajet, rumah tumpangan untuk ‘backpaker’ dan beberapa resort mewah.
Selain pantai Cherating, antara pantai popular yang menjadi tumpuan disekitarnya adalah Chendor, Teluk Cempedak dan Balok.
Belayar, berkayak, meluncur, menonton aktiviti kebudayaan di Kompleks Budaya Cherating, melawat Santuari Penyu, berlayar di kawasan bakau, melihat seni kraf di Kampung Cherating antara aktiviti yang harus dilakukan saat berkunjung ke pantai yang mendamaikan ini.
Pulau Lang Tengah, Terengganu
Dianggap sebagai salah satu rahsia tersimpan terbaik Terengganu, pulau kecil ini menawarkan percutian yang lebih terpencil terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian.
Keajaiban Lang Tengah dengan air yang jernih bak kristal, pemandangan indah yang mempesona dan suasana yang cukup mendamaikan.
Terdapat hanya tiga resort di pulau ini. Saiznya yang kecil bukan ukuran kerana terdapat lebih kurang 15 tapak menyelam di sekitar Pulau Lang Tengah dan hanya mengambil masa 10 minit menaiki bot.
Pulau Pangkor, Perak
Terletak di pulau ini tropika yang indah di pantai barat Semenanjung Malaysia, Pulau Pangkor menyediakan pelbagai tarikan pelancongan antaranya tinggalan bersejarah Dutch Fort, Batu Bersurat, perkampungan nelayan, pembuatan bot tradisional dan pantai yang popular seperti Pantai Puteri Dewi, Pantai Pasir Bogak dan Teluk Nipah.
Pulai ini boleh diterokai dengan berjalan kaki atau menaiki kenderaan. Mahukan lebih cabaran, berbasikal mampu memberikan kelainan dalam penerokaan di pulau yang indah ini.
Perairan di pulau ini yang membiru sangat sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak termasuklah berenang, snorkling, berkayak dan memancing.
Menaiki bot dalam masa yang singkat membawa anda ke Pangkor Laut iaitu resort eksklusif yang juga resort kecil terbaik di dunia.
Bercuti di Pulau Pangkor, sesuatu mesti anda lakukan ialah menikmati makanan laut segar. Jangan lepaskan peluang melihat pembinaan bot, pemprosesan makanan laut kering atau bersantai di pantai yang indah.
50 pantai tercantik dunia
Sebut saja pantai tercantik di dunia, pantai di Thailand terutama Koh Phi Phi pastinya berlegar di fikiran.
Mana tidaknya, dengan panorama indah, pantai bak kapas itu menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.
Berikut senarai 50 pantai tercantik di dunia yang dikeluarkan CNN hasil kajian siaran berita antarabangsa itu.
1. Grande Anse Beach, La Digue Island, Seychelles
2. Rabbit Beach, Lampedusa, Italy
3. Grace Bay, Providenciales, Turks and Caicos Islands
4. Anse Source d’Argent, La Digue, Seychelles
5. Anse de Grande Saline, St. Barths
6. Cabbage Beach, Paradise Island, Bahamas
7. Wineglass Bay, Tasmania
8. Matira Beach, Bora Bora, Tahiti
9. Champagne Beach, Vanuatu
10. Palaui Island, Cagayan Valley, Philippines
11. Whitehaven Beach, Queensland, Australia
12. Tulum, Mexico
13. Pulau Perhentian Kecil, Malaysia
14. El Nido, Palawan, Philippines
15. The Baths, Virgin Gorda, British Virgin Islands
16. Luskentyre Beach, Scotland
17. Nihiwatu Beach, Sumba, Indonesia
18. Gardner Bay, Espanola Island, Ecuador
19. Maya Bay, Ko Phi Phi, Thailand
20. Rarotonga, Cook Islands
21. Juara Beach, Pulau Tioman (Malaysia)
22. Boulders Beach, Cape Town (Afrika Selatan)
23. Crane Beach, Barbados
24. Egremni Beach, Greece
25. Sun Island Beach, Maldives
26. Long Bay, Saint-Martin
27. Hanalei Bay, Hawaii, (Amerika Syarikat)
28. Sunrise Beach, Koh Lipe, Thailand
29. Warwick Long Bay, Bermuda
30. Grand Anse, Grenada
31. Playa Paraiso, Cayo Largo, Cuba
32. Navagio Beach, Greece
33. Margaret River, Australia
34. Cayo Paraiso, Dominican Republic
35. Balos Beach, Greece
36. Bahia Solano, Colombia
37. West Bay Beach, Roatan, Honduras
38. Karekare, West Auckland, New Zealand
39. Canggu Beach, Bali, Indonesia
40. Dominical Beach, Costa Rica
41. Negril Beach, Jamaica
42. D-Day beaches, Normandy, Francis
43. Nungwi, Zanzibar, Tanzania
44. Bondi Beach, Sydney, Australia
45. Patnem Beach, Goa, India
46. Natadola Beach, Fiji
47. Placencia Beach, Belize
48. Trunk Bay, St. John, U.S. Virgin Islands
49. Tanjung Rhu, Langkawi, Malaysia
50. Porto da Barra, Salvador, Brazil
Saya belum pernah ke mana-mana pulau peranginan lagi..Pulau Pinang tu pernah la.. 🙂
Hairul Azni recently posted..Orang Perak Cakap Nama Kuih Ni Kuih Limeh
perghhh bestnya..mesti ramai awek tepi pantai tu kan..hahaha
Man recently posted..Wallpaper Hari Ini #03
Bab pulau langsug tak pernah singgah lagi..haha..satu masa ada rezeki nak pergi gak..dulu masa nak berbulan madu, rancang nak ke pulau perhientian..tapi hampa..mungkin belum rezeki kot..
Hafizul recently posted..Sedu Sedan
kat malaysia ni, pulau pinang dan langkawi je pulau yang ak pernah jejak.. hmm teringin juga nak tengok keindahan tempat tempat yang ada di dalam malaysia ni
Zuan recently posted..5 Sebab Kenapa Anda TAK PERLUKAN Kitab Teknik SEO Merah Jambu!