22012_10151604581243591_580147533_n

(Gambar Ehsan dari Kak Sumi Jelly)

Assalamualaikum..syukur Alhamdulillah jutaan terima kasih kepada Tuan Amir Hassan di atas jemputan berbuka puasa untuk blogger minggu lepas yang berlansung di Hotel Singgahsana Petaling Jaya.

Paling meriah kami dijemput bukan single invitation malah untuk satu keluarga. Memang sangat meriah. Disebabkan aku masih lagi single jadi terpaksalah aku bawak seorang teman universiti. So disana nanti tak lah sunyi bila semua blogger bersama keluarga masing-masing. Tapi lepas ni dia cakap dah x nak datang dah sebab kena usik..hahah

35468_574929399215556_1750846476_n

Sian dia kena buli

Bertolak ke Hotel singgahsana dalam jam 4 petang setalah diambil kira masa perjalanan yang bakal sesat dan juga jalan yang jem. Tepat jam 6 petang aku sampai dan antara blogger yang terawal sampai di sana.

Majlis yang cukup meriah apabila blogger masing-masing usik mengusik sambil bergurau senda. Semua blogger yang hadir cukup sporting.

Di majlis ini juga kali pertama aku jumpa beberapa blogger yang hebat yang hanya aku kenali di laman sosial sahaja iaitu Kak YanMie empunya blog Yanmieonline.com dan juga Bro Eyriqazz tuan punya blog Eyriqazz.com. Kedua dua blogger Supermak dan superdad yang sangat awesome.

Di majlis tu jugak kali pertama aku jumpa Ijam Nizam.

Antara Blogger yang Hadir Kak Akma Omar, Bro Framestone, Hisyamuddin Fadzil, Yana Yassin, Kak Ruby, Tuan denaihati, Melastik Bintang, Kak Sumi Jelly, Eizil Network, Kak Roshidayu, Hazman Fadzil, Anarm Khairul, Nami Namia, Abang Ensem, dan Bro Hafiz Rahim

#TIPTRAVEL: Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum travell! Boleh kongsi ramai-ramai. Boleh pickup di KLIA/KLIA2. Ada 3 pilihan pocket wifi yang korang boleh cuba antaranya Samurai Wifi, TravelRecommends dan RoamingMan.

Perlukan Khidmat Translation untuk blog? Jom ke veqta.com semua bahasa boleh di translate. Bahasa Alien pun boleh!!.

12 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge