Chelsea Style Permainan Bola Sepak Yang Sebenar - Faizal Fredley

Chelsea Style Permainan Bola Sepak Yang Sebenar

Dulu Mourinho sering dicemuh kerana menerapkan permainan bola sepak yang negatif.

Sebenarnya aku tak bersetuju tentang kritikan itu. Di bawah pimpinan Mourinho, Chelsea-Inter Milan & Real Madrid menjadi sebuah pasukan attacking football yang menarik.

Pada musim pertama Mourinho di Stamford Bridge, Chelsea telah memenangi Liga Perdana Inggeris dengan rekod 95 mata. Rekod itu sampai sekarang belum boleh dipecah oleh Manchester United.

Di bawah Mourinho juga, Real Madrid memenangi La Liga sambil mencipta sejarah baharu kelab tersebut dengan merekodkan 109 gol dalam satu musim.

Jadi itu dipanggil negative football ?

Sudahlah. Yang cakap taktikal Mourinho sampah, tak menarik, tak attractive, itu semua dakyah jahat konco2 Barcelona & sewaktu dengannya.

Kini Mourinho kembali ke Stamford Bridge buat kali kedua & telah berjanji untuk ubah style permainan Chelsea.

“I want to make the Chelsea fans happy – by results, by our playing style, by the mentality and the personality of the team,”

Maksud Mourinho untuk ubah style game play Chelsea itu tak ada kena mengena pun dengan attractive football. Mourinho nak pemain Chelsea ubah mentaliti & corak bermain itu dengan lebih bijak & teratur. Bermain sebagai satu unit & ketika berada di situasi genting, mentaliti kena kuat.

Bagi aku, tak kisah sama ada Chelsea ingin memainkan bola sepak menarik ataupun sebaliknya. Selagi kita terus memenangi trofi & meraih kejayaan, aku tidak ambil kisah dengan apa corak yang Chelsea pamerkan. Jangan lupa strategi itu lebih penting. Dalam memainkan bola sepak yang cantik, bahagian pertahanan harus solid, harus compact. Seperti di musim pertama Ancelotti, Chelsea bertahan dengan baik, menyerangpun dengan baik.

Dan sebut pasal gaya permainan bola sepak yang seksi tak semestinya ada sangkut paut dengan corak “tiki-taka” yang dipamerkan oleh Spain & Barca.

Sistem tiki-taka berasal daripada sistem dan taktik yang diamalkan oleh skuad Belanda dan Barca era Johann Cruyff dan Rinus Michels iaitu Total Football. Namun Tiki-taka sedikit berbeza berbanding total football yang mementingkan pergerakan posisi pemain kerana tiki-taka mementingkan pergerakan pasukan secara total.

Dan tiki-taka yang dipamerkan oleh Barca sekarang tidak lagi unbeatable.

Kalau tiki-taka yang dipersembahkan oleh dua pasukan itu power, tak adanya sampai kalah teruk kepada Bayern Munich dengan aggregat 7-0 musim lepas. Begitu juga dengan pasukan kebangsaan Spain yang dimalukan oleh Brazil 3-0 pada final Piala Konfederasi baru2 ini.

Tiki-taka kadang2 membosankan.

Style bola sepak yang menarik, bukan terletak pada corak permainan sahaja, taktikalnya juga harus bijak. Tak ada guna kalau bahagian serangan mantap tapi defensif hancur.

Tidak salah jika sekali sekala menerapkan taktikal parking bus. Jika pasukan anda menentang lawan yang kerap menguasai bola seperti Barcelona (possession), anda perlu lebih memainkan corak permainan bertahan & serang bila perlu. Jika tidak, bahagian pertahanan akan mudah dibolosi walaupun pasukan anda menyerang hebat sekalipun.

Ya memang attractive football menarik untuk ditonton, tetapi kalau endingnya berakhir dengan kekalahan, itu akan menjadi hal yang sia2.

P/S : Kampung Chelsea

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

Student Engineering dari dari azali lagi. Semua ayat dan perkataan main hentam je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge