SHARE

DSC_0988

Baru sejam penerbangan, kebosanan sudah mulai dirasai. Telefon bimbit yang menjadi gajet utama untuk bermain pelbagai aplikasi yang di muat turun sudah tidak dapat membantu menghilangkan kebosanan. Bateri pula sudah tidak mencukupi.

Situasi ini pastinya pernah dialami ramai orang yang melakukan penerbangan jauh terutama apabila kapal terbang yang dinaiki tidak menyediakan kemudahan hiburan.

Saat itu, apa yang dilakukan semuanya serba tidak kena. Tidur yang menjadi pilihan terakhir juga tidak membantu.

Justeru, bagi anda yang akan melakukan penerbangan yang mengambil masa yang panjang, bawalah pelbagai barangan berikut yang boleh membantu menghilangkan rasa bosan anda.

Bagi memudahkan anda, simpanlah semua barangan ini dalam beg yang mudah dicapai dan senang dibawa. Tip minggu ini mungkin membantu dan memberi idea kepada anda yang akan melakukan penerbangan.

Penutup mata

Benda ini penting jika anda berniat tidur lama dalam perjalanan. Pilih penutup mata berwarna hitam agar cahaya benar-benar tak masuk dan anda boleh tidur dengan lena.

Bantal tiup

Kini banyak bantal kembara yang dijual untuk menyokong leher ketika tidur dalam kedudukan duduk. Belilah model bantal tiup yang senang untuk disimpan dan menjimatkan ruang ketika ia sudah tidak diperlukan.

Buku

Bawa buku atau bacaan lainnya. Pilih bacaan ringan seperti novel mahupun komik. Pastikan buku tersebut boleh anda baca lama dan tidak habis hanya dalam satu jam pembacaan.

Jaket

Untuk mengelak anda kesejukan sepanjang penerbangan, bekalkan diri anda dengan jaket yang bersesuaian. Jika anda merasa jaket terlalu berat untuk dibawa, selimut kecil atau kain pasmina juga boleh dibawa.

Permainan

Bawa pelbagai permainan mengisi masa. Permainan seperti buku puzzle, buku teka silang kata, ataupun sudoku pasti menghiburkan anda.

Peralatan elektronik

Bawalah bersama gajet kegemaran anda, iPad, tablet, iPod dan sebagainya yang membolehkan anda bermain game, menonton filem dan pelbagai lagi aktiviti.
Namun, pastikan semua peralatan ini dimatikan semasa pelepasan dan mendarat supaya ia tidak mengganggu sistem penerbangan.

Pemain muzik

Pemain muzik seperti MP3 boleh menjadi pilihan tepat untuk mengisi waktu saat dalam penerbangan. Selain dapat mendengar lagu-lagu kegemaran anda, ia juga boleh berfungsi sebagai penutup telinga semasa tidur.

Makanan ringan

Bawalah aneka makanan ringan seperti kacang manis, biskut dan coklat. Anda juga boleh membawa buah-buahan seperti epal dan pisang.

Gula getah

Gula-gula getah boleh meredakan mabuk panjang penerbangan. Selain itu, mengunyah gula-gula getah saat berlepas juga boleh mengurangkan tekanan pada telinga.

Ubat

Ubat sakit kepala ataupun ubat antimabuk boleh menjadi pilihan ubat-ubatan yang anda harus bawa saat penerbangan.

Sumber Kompas.com

#TIPTRAVEL Walau dimanapun anda berada, MyMed akan sentiasa memberi matlumat tentang infomasi medical travel yang anda perlukan ketika anda betul-betul memerlukannya.. #TIPTRAVEL: Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum travell! Boleh kongsi ramai-ramai. Boleh pickup di KLIA/KLIA2. Ada 3 pilihan pocket wifi yang korang boleh cuba antaranya Samurai Wifi, TravelRecommends dan RoamingMan. Perlukan Khidmat Translation untuk blog? Jom ke veqta.com semua bahasa boleh di translate. Bahasa Alien pun boleh!!.

6 COMMENTS

  1. benar juga ya, kalau berdiam saja apalagi perjalannya mebutuhkan waktu lebih dari 5 jam pasti baik yang dewasa dan anak2 bakalan bosan hanya duduk saja dalam pesawat nie. Harus ada cra bagaimana tetap menikmati perjalanan walau dalam pesawat
    terima kasih buat tips2nya, bisa sya coba nantinya agar rasa bosan bisa jadi hilang
    Rina recently posted..List of Free Dofollow Blogs and Web 2.0 SitesMy Profile

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge