Tip Melancong: Senarai Barang Mahu Dibeli

TIP SEBELUM MELANCONG

Membeli-belah adalah aktiviti yang amat disukai kebanyakan orang ketika melancong. Dengan permintaan yang semakin meningkat maka terhasillah istilah percutian membeli-belah iaitu bercuti sambil membeli-belah.

Saat berkunjung ke destinasi yang menawarkan aktiviti membeli-belah juga sering menjadi pilihan pelancong masa kini.

Jika mahu bercuti sambil membeli-belah dan wang bukan masalah, anda ha­nya perlu membuat senarai barang yang mahu dibeli di lokasi yang akan dikunjungi.

Tetapi jika poket tidak berapa memberi keizinan untuk berbelanja besar dan perlu membeli cenderamata khas dari tempat yang dituju untuk kenang-kenangan atau sekadar ole-ole, anda perlu berhemah saat berbelanja supaya perjalanan anda tetap berjalan lancar dan menyenangkan.

Justeru, apa tipnya? Langkah pertama, anda tetap perlu membuat senarai atau paling tidak tahu barang yang ingin dibeli. Kemudian, tentukan jumlah wang yang diang­garkan untuk membeli apa yang disenaraikan.

2128

Seterusnya, cari maklumat mengenai tempat penjualan barangan yang ingin dibeli itu. Ia boleh didapati daripada pelbagai sumber Internet. Salah satu sumber yang cukup meyakinkan adalah penduduk setempat di lokasi terbabit.

Di tempat berbelanja, jangan terpedaya dengan potongan diskaun atau promosi yang berlangsung. Perkara itu akan menyebabkan anda terdorong membeli barang-barang yang tidak diperlukan.

Namun, jika akhirnya tergoda saat berada di mana-mana lokasi membeli-belah, teliti dengan cermat barang yang akan dibeli itu. Adakah ia berbaloi untuk dibeli?

Carilah harga termurah untuk barang dengan kualiti yang lebih kurang sama. Dengan itu, jangan lupa melakukan penawaran.

Lakukan penawaran dengan tenang, jangan menunjukkan yang anda sangat tertarik pada sesuatu barang. Ajukan harga penawaran setengah daripada harga yang diajukan penjual.

Jika diberikan harga yang sangat murah, jangan pula mengambil lebih daripada jumlah yang perlu dibeli. Silap-silap nanti anda hanya akan simpan barangan yang banyak itu di dalam laci saat pulang ke rumah nanti.

Berbelanjalah dengan tenang, jangan terburu-buru. Hindari juga berbelanja ketika waktu sibuk atau jika anda tidak mempunyai masa yang cukup. Ini kerana ia secara tidak sedar membuat­kan anda kerugian terutama dari segi harga dan kualiti. Selamat membeli-belah!

.
#TIPTRAVEL: SEWA POCKET WIFI SEBELUM FLY!!! BOLEH SEWA POCKET WIFI DI SINI
#TIPTRAVEL : GET YOUR VOUCHER CODE FOR HOTEL AT DISCOUNTCODEHK.COM 
THIS WEBSITE SPONSORED BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting)Samurai Wifi
SUPPORT BY:
#kelabbloggerbenashaari
.

 


Former Engineer. A dreamer. Kacak & Awesome. Traveler.

4 Comments

  1. Asyrof Asri

    June 20, 2013 at 2:08 PM

    Asyrof kalau travel hanya beli keychain sudah memadai.

    Malas nak beria sangat beli-belah ni. 🙂

    Yang pastinya dapat tidur dalam hotel sudah rasa cukup bertuah. 🙂
    Asyrof Asri recently posted..Jangan Baca Jika Anda Tidak Mahu Hadiah!My Profile

  2. Lydia

    June 14, 2013 at 5:25 PM

    Biasanya benda wajib beli fm dan tshirt. Tp tak pernah listdown pun brg apa nk beli klu melancong. Main sambar je apa yg minat cantik utk dijadikan kenangan

  3. densha75

    June 13, 2013 at 4:00 PM

    tip ni sesuai sangatlah dgn sy..mmg suka travel 🙂

    My new post : Replika Dan Gambar Rumah Rasulullah Dipamerkan,
    densha75 recently posted..Replika Dan Gambar Rumah Rasulullah DipamerkanMy Profile

  4. anip

    June 12, 2013 at 8:00 PM

    NIce info tuan…panduan berguna bagi mereka yang nak pergi melancong nanti
    anip recently posted..5 Tips For Easy Air TravelMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge