Percutian di Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Print

DERUAN ombak memecah pantai umpama satu nyanyian yang menghiburkan. Keluh kesah jiwa lantas berganti dengan ketenangan dengan keasyikan tersendiri.

Suasana pagi di tepi pantai dengan kecantikan matahari terbit membuatkan percutian di Batu Ferringhi, Pulau Pinang terpahat kemas di ingatan.

Batu Ferringhi terletak di bahagian utara Pulau Pinang iaitu antara Teluk Bahang dan Tanjung Bungah terkenal dalam kalangan pelancong yang ingin menikmati percutian di pantai yang indah dan kepelbagaian aktiviti air.

Bagi yang teringin menikmati percutian tersebut dan mempunyai bajet yang lebih, Rumah Perak Boutique Villa pastinya pilihan yang paling sesuai.

Vila mewah tiga tingkat dengan enam buah bilik, kesemuanya menghadap laut serta balkoni yang luas membolehkan pengunjung menikmati sepuas-puasnya keindahan pantai yang terkenal di Pulau Mutiara itu.

Bilik-bilik di tingkat atas kesemuanya mempunyai balkoni yang menawarkan peluang menikmati keindahan matahari terbenam.

7E9E1D11-DCF2-45BC-8F3C-3665B793E7D1

Karakter tersendiri

Menjejak kaki memasuki vila ini, para tetamu pasti terpegun melihat hiasan dalaman yang mewah, cantik dan unik.

Bahagian tingkat bawah menempatkan ruang tamu yang luas serta meja makan bersaiz panjang sesuai bagi mereka yang datang bersama keluarga atau kumpulan besar. Terdapat dua bilik di bahagian ini yang dipanggil Kamar Alandra dan Kamar Jasmine.

Vila tersebut mempunyai karakter tersendiri, hal itu tidak menghairankan kerana ia mempunyai sejarah lampau yang istimewa. Dipercayai bangunan itu dibina pada tahun 1950-an dengan konsep rumah moden British. Rumah Perak Boutique Villa pernah didiami golongan ternama dan kerabat diraja

“Rumah ini kami tambah baik dengan menaik taraf daripada rumah penginapan biasa kepada vila. Ia dilakukan bermula pada penghujung tahun lepas. Ia berkonsepkan kediaman Eropah.

Reka bentuk rumah ini asalnya hanya dua tingkat tetapi kami telah ubah suai menjadi tiga tingkat. Vila ini serba lengkap dengan setiap bilik mempunyai katil bersaiz king, bilik tidur berasingan dan ruang makan. Setiap bilik bercita rasa tinggi dengan susun atur dan hiasan mewah serta suasana yang menyenangkan.

Apabila menaiki tangga ke tingkat dua, mata para tetamu dijamu dengan lukisan-lukisan cantik yang tergantung di dinding yang merupakan hasil seni pelukis tempatan. Mereka yang berminat boleh membeli lukisan tersebut.

villa

Bebas berlari

Di bahagian tingkat dua, terdapat tiga buah bilik dikenali sebagai Kamar Akasia, Kamar Lavender dan Kamar Citrus. Kamar Citrus mempunyai balkoni sendiri manakala dua kamar lain berkongsi balkoni. Setiap balkoni disediakan tempat duduk serta payung besar sesuai untuk bersantai.

Di tingkat tiga hanya terdapat sebuah bilik dipanggil Kamar Rossa. Suasana bilik yang tenang dan cantik membuatkan kaki berasa berat ingin meninggalkannya. Bilik serba lengkap dengan katil yang besar membuatkan tidur lena sepanjang malam.

Untuk aktiviti seperti barbeku juga tidak perlu risau kerana kawasan vila tersebut mempunyai keluasan 2,300 meter persegi. Anak-anak bebas berlari di laman yang luas itu. Kawasan pantai pula hanya dipisahkan oleh pagar vila tersebut.

Anda juga boleh berjemur di bawah matahari atau mencuba aktiviti seperti meluncur angin, berkayak atau parasailing.

Suasana malam di Batu Ferringhi juga meriah dengan kewujudan bazar-bazar menjual pelbagai barangan perhiasan dan cenderahati.

Luangkan masa untuk menyaksikan artis tempatan membuat demonstrasi kraf dan melukis batik. Dikenali dengan nama Feringghi Walk, bazar-bazar di situ menjual pelbagai barangan yang menarik untuk pengunjung.

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

7 COMMENTS

  1. Berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai kadar sewa dan pakej yang disediakan, harap dapat menghubungi secepat mungkin, terima kasih.

  2. Salam. boleh saya dapatkan no tel.? Kami staff pej Agama Perak nk buat hari keluarga pada 27 November 2015. Banyak yang nak ditanya ni. Harap dpt dihubungi memalui tel. TK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge