Home DESTINATIONS ASIA Bercuti di Tanjung Inn Villa de Fedelia Cherating

Bercuti di Tanjung Inn Villa de Fedelia Cherating

3096
8

8313ecf1-76cf-4d9d-b0c5-a81772126719_700_q60_bw_jpg

KEMERDUAN alunan desiran ombak, bunyi daun kering bergeseran dan unggas bersahut-sahutan pasti membuai lamunan anda yang mendambakan percutian impian.

Bayangkan pula anda berada di tepi pantai yang memutih dan laut nan biru sambil dikelilingi pepohon kelapa yang melambai.

Impian berlibur sebegitu boleh dinikmati sekiranya berkunjung ke Tanjung Inn Villa de Fedelia. Terletak di Kampung Cherating Lama, Kuantan, Pahang, calet itu disusun atur seperti sebuah perkampungan kecil dengan seni bina rumah Melayu tradisional.

Lebih menarik, kesemua calet dibina berkonsepkan rumah kayu yang dilengkapi bilik tidur, ruang tamu serta balkoni.

deluxe-con-aria-condizionata

Menghabiskan cuti

“Selain pantai Cherating yang cantik, aku amat menyukai suasana kampung yang tenang, cuaca dan penduduknya yang mesra.

“Walaupun calet ini berformatkan bed and breakfast, namun terdapat beberapa buah restoran berdekatan yang menyajikan hidangan tradisional yang lazat dan menyelerakan.

Tambah menarik, penginap boleh menghayati pemandangan taman dan kolam ikan buatan dari jendela atau balkoni masing-masing.

Pengunjung juga berpeluang mencuba pelbagai aktiviti menarik seperti melihat hidupan liar di hutan paya bakau berhampiran, berkayak dan snorkeling di Pulau Ular.

residence-inn-cherating

Calet tersebut juga terletak berhampiran lokasi melihat kelip-kelip di Sungai Cherating yang dikelolakan oleh Hafiz’s Cherating Activities.

Jika anda dari Kuala Lumpur, tempoh pemanduan memakan masa kira-kira empat jam untuk tiba ke calet tersebut. Perkhidmatan bas dan penerbangan domestik juga boleh digunakan bagi memudahkan anda sekeluarga menikmati percutian hujung minggu.

8 COMMENTS

  1. bru je stay kt cni 9jun2013 aritu..dh puas pusing cri tpt tdo nsb baik kt cni ada 0 lg..rezeki..mmg sgt2 prvcy,sunyi sepi cume dgr bunyi burung2 hutan..mmg sgt sesuai utk bsantai..pantainye pun prvcy..mlm2 sejuk,tjaga kul 3-4 pg tutup aircond..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge