Bercuti di Tanjung Inn Villa de Fedelia Cherating - Faizal Fredley

Bercuti di Tanjung Inn Villa de Fedelia Cherating

8313ecf1-76cf-4d9d-b0c5-a81772126719_700_q60_bw_jpg

KEMERDUAN alunan desiran ombak, bunyi daun kering bergeseran dan unggas bersahut-sahutan pasti membuai lamunan anda yang mendambakan percutian impian.

Bayangkan pula anda berada di tepi pantai yang memutih dan laut nan biru sambil dikelilingi pepohon kelapa yang melambai.

Impian berlibur sebegitu boleh dinikmati sekiranya berkunjung ke Tanjung Inn Villa de Fedelia. Terletak di Kampung Cherating Lama, Kuantan, Pahang, calet itu disusun atur seperti sebuah perkampungan kecil dengan seni bina rumah Melayu tradisional.

Lebih menarik, kesemua calet dibina berkonsepkan rumah kayu yang dilengkapi bilik tidur, ruang tamu serta balkoni.

deluxe-con-aria-condizionata

Menghabiskan cuti

“Selain pantai Cherating yang cantik, aku amat menyukai suasana kampung yang tenang, cuaca dan penduduknya yang mesra.

“Walaupun calet ini berformatkan bed and breakfast, namun terdapat beberapa buah restoran berdekatan yang menyajikan hidangan tradisional yang lazat dan menyelerakan.

Tambah menarik, penginap boleh menghayati pemandangan taman dan kolam ikan buatan dari jendela atau balkoni masing-masing.

Pengunjung juga berpeluang mencuba pelbagai aktiviti menarik seperti melihat hidupan liar di hutan paya bakau berhampiran, berkayak dan snorkeling di Pulau Ular.

residence-inn-cherating

Calet tersebut juga terletak berhampiran lokasi melihat kelip-kelip di Sungai Cherating yang dikelolakan oleh Hafiz’s Cherating Activities.

Jika anda dari Kuala Lumpur, tempoh pemanduan memakan masa kira-kira empat jam untuk tiba ke calet tersebut. Perkhidmatan bas dan penerbangan domestik juga boleh digunakan bagi memudahkan anda sekeluarga menikmati percutian hujung minggu.

Aku ni Graduant Engineering dari Tingkatan 4 sampai lah Diploma, Degree dan Master. PhD je belum tentu nak sambung ke tak. Jadi, jangan aspect ayat aku macam budak Masscom yang study benda2 macam ni....lagipun ni blog personal tak ada kaitan dengan sesiapa....

8 Comments

  1. azee

    June 10, 2013 at 3:21 PM

    bru je stay kt cni 9jun2013 aritu..dh puas pusing cri tpt tdo nsb baik kt cni ada 0 lg..rezeki..mmg sgt2 prvcy,sunyi sepi cume dgr bunyi burung2 hutan..mmg sgt sesuai utk bsantai..pantainye pun prvcy..mlm2 sejuk,tjaga kul 3-4 pg tutup aircond..

  2. titan

    June 3, 2013 at 1:22 AM

    la..tak jumpa pun masa aku gi sana.
    titan recently posted..Ramai gak yang tak puas hati dengan gua.My Profile

  3. Faizal Fredley

    June 3, 2013 at 1:10 AM

    best dah selesa…
    Faizal Fredley recently posted..Kadang-Kadang Hidup Ini Memang PalatMy Profile

  4. Eizil Network

    June 2, 2013 at 10:32 PM

    Menarik juga kalau berehat dan bersantai setelah penat bekerja. Masa untuk bercuti!
    Eizil Network recently posted..Kawalan keselamatan akaun emelMy Profile

  5. Izzuddin Fauzi

    June 2, 2013 at 11:02 AM

    Fuh, tengok je dah tau tempat penginapan yang selesa 🙂
    Izzuddin Fauzi recently posted..Blogger Kontest: Tanah ArabMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge