Bercuti di Bangkok Thailand

DSC_0342

Bercuti di Bangkok Thailand. PERJALANAN saya menuju ke ibu negara Thailand iaitu Bangkok bermula dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu Senandung Langkawi dari Kuala Lumpur Sentral pada pukul 9.20 malam.

Saya telah memilih koc yang dilengkapi katil. Perjalanan malam berganti siang, sinaran matahari pagi mula menembus awan. Saya tidak melepaskan peluang untuk melihat pemandangan luar termasuk kehijauan sawah padi.

Dalam perjalanan itu, semua penumpang perlu turun membawa barangan masing-masing apabila tiba di Stesen Padang Besar, Perlis untuk menjalani pemeriksaan kastam dan imigresen.

Pemeriksaan tersebut memakan masa hampir sejam, setelah selesai, saya masuk semula ke dalam kereta api bersama penumpang lain yang mahu meneruskan perjalanan ke Hat Yai.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Bangkok, kami melalui transit di Stesen Kereta Api Hat Yai. Ketika itu, waktu tengah hari saya memutuskan untuk menjamu selera di sebuah restoran halal yang berdekatan.

Luxury-Hotel-Bangkok-Thailand-04

Ketika menunggu kereta api untuk ke Bangkok iaitu pada pukul 7.30 malam waktu tempatan (sejam lewat berbanding waktu Malaysia), saya mengambil kesempatan mencari maklumat berkaitan bandar persinggahan itu.

Ketika berjalan-jalan di sekitar bandar Hat Yai, saya dapati seni bina bangunan kedai di bandar berkenaan tidak banyak berbeza dengan Malaysia.

Kereta api yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba dan saya bergegas ke koc tersebut. Sepanjang perjalanan, saya terpaksa berkongsi tempat duduk dengan penumpang lain sebelum ia ditukar menjadi katil.

Perjalanan ke Bangkok dilatari pemandangan indah sawah padi yang menjadi sumber ekonomi utama penduduk di kawasan pedalaman selatan Thailand.

Selepas hampir 19 jam dalam kereta api bagi jarak perjalanan sejauh 700 kilometer (km), akhirnya saya menjejakkan kaki di ibu negara gajah putih tersebut.

Tanpa melengahkan masa, saya terus ke kaunter tiket untuk pembelian tiket pulang dari Bangkok ke Pulau Pinang bagi mengelakkan masalah seperti kehabisan tiket.

Kemudian, saya terus menuju ke Hostel Etzzz di Lumphini dengan menaiki pengangkutan Transit Aliran Massa (MRT) yang terletak di luar stesen Hua Lompong untuk mendaftar masuk penginapan.

khao-san-road-bangkok-thailand

Pasar mingguan terbesar

Di hostel, saya tidak mengambil masa yang lama untuk berehat kerana mahu menuju ke Pasar Mingguan Chatuchak yang terletak berhampiran dengan stesen MRT Kamphaengphet.

Pasar Mingguan Chatuchak atau lebih dikenali sebagai JJ, bukan sahaja merupakan pasar mingguan terbesar di Thailand, malah di dunia.

Terdapat kira-kira 5,000 buah gerai yang menjual pelbagai produk seperti pakaian, cenderamata, barangan antik dan seramik. Persekitaran yang sangat luas dan padat itu menyebabkan saya mudah sesat.

Walaupun majoriti penduduk Bangkok merupakan penganut beragama Buddha, saya bernasib bernasib baik kerana masih berpeluang menikmati makanan halal dan solat di surau yang telah disediakan di pasar tersebut.

Setelah hampir empat jam menghabiskan masa meninjau kemeriahan JJ, saya bergegas pulang ke hostel untuk berehat bagi persiapan aktiviti keesokan harinya.

Masuk hari ketiga berkelana sendirian di sini, jadual utama saya adalah melawat kuil dan masjid di sekitar bandar Bangkok. Bagi memudahkan pergerakan dari satu destinasi ke destinasi lain, saya telah membeli tiket perjalanan tanpa had untuk menaiki MRT.

123044_highlightchaoperahu

Tulang belakang

Destinasi pertama yang dituju ialah stesen Saphan Taksin iaitu lokasi utama untuk menaiki bot bagi menyusuri Sungai Chao Phraya. Sungai tersebut diberi jolokan The River of Kings oleh Raja Rama I kerana ia merupakan tulang belakang kepada bandar raya Bangkok. Sungai sepanjang 373km itu antara medium pengangkutan yang terpenting dan dianggarkan seramai 50,000 orang menggunakannya setiap hari.

Saya berpeluang menyaksikan patung Buddha yang terkenal dengan posisi baring mengiring di Wat Po ketika singgah di Jeti Tha Tien. Selepas sejam meluangkan masa melawat kuil berkenaan, saya kembali ke jeti untuk ke Wat Arun yang terletak di seberang sungai.

Tempat Menarik di Bangkok – Patpong Dan Paragon Mall

Setibanya di Wat Arun, saya membayar tiket masuk pada harga 50 Baht (RM5) dan seterusnya memanjat anak tangga setinggi 86 meter (m). Walaupun kepenatan, saya gagahkan diri mencari makanan bagi hidangan tengah hari. Mujurlah ada sebuah restoran halal berhampiran Jalan Khaosan yang juga berdekatan dengan Masjid Chakrabongse.

Usai menunaikan solat dan berehat sebentar, saya singgah sebentar di dua buah lagi masjid yang terperosok daripada jalan utama dan hiruk-pikuk kota. Salah satu daripada masjid tersebut ialah Masjid Haroon yang terdapat penempatan kecil umat Islam yang berasal dari Pattani dan boleh berbahasa dialek Melayu-Kelantan.

Pada hari terakhir iaitu hari keempat di bandar ke-12 terbesar di dunia itu, saya cuma berjalan-jalan di sekitar pusat bandar raya dengan melawat pusat beli-belah terkenal di sana iaitu Siam Paragon dan MBK Center sebelum berlepas pulang menaiki kereta api.

.
#TravelTip: Untuk Jimatkan belanja boleh sewa pocket wifi siap-siap dari Malaysia. Jimat & boleh kongsi ramai-ramai. Boleh sewa pocket wifi di Samurai Wifi. Untuk jimat apabila stay di Hotel boleh dapatkan Voucher Hotel dan diskaun di DiscountCodeHK.com. Apabila travel di musim sejuk boleh juga beli kelengkapan baju2 sejuk murah di PakaianMusimSejuk.com.
.
THIS WEBSITE SPONSORED & SUPPORT BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting) & #kelabbloggerbenashaari
.
“Every travel is a journey and every journey is a travel. No matter where you go, what you’re up to is a journey. Enjoy life, live with it and make peace of it. Our journey in life will end but not with our soul. Go beyond the journey and discover what life has to offer.”~Eacel Janubas~

14 Comments

  1. huda

    September 13, 2015 at 10:59 AM

    insyaAllah soon
    huda recently posted..Cara Menghilangkan Keputihan Secara Semulajadi Tanpa UbatMy Profile

  2. Hahn_Na

    April 22, 2015 at 1:05 PM

    Tingin nak gi thailand sorang2…tapi takde keyakinan yang tinggi plus takde knowledge & info pasal thailand. Besides this is my first time nak travel dan pegi sorang2 sebab takde member..

  3. Zida

    May 27, 2013 at 10:22 PM

    First time jejak Thailand masa balik emergency dari Revolusi Rusuhan Mesir 3 tahun lepas, tak sangka dapat balik Malaysia free, pergi Thailand pun free jugak. Tapi ke Hatyai jelah. Rindu nak ke sana, makanan dia sedaaaaaaap sangat! Lagi-lagi tom yam. Fuh!

    lepas ni boleh la singgah Bangkok pulak, naik flight transit situ. Hehe
    Zida recently posted..Ringan Di Mulut, Berat Di TimbanganMy Profile

  4. Datin Tyka

    May 27, 2013 at 1:13 AM

    dah 15 tahun tak pergi Thailand. insyaALlah lepas ni akan ke sana ..
    takde cenderahati untuk saya ke
    Datin Tyka recently posted..Tips Buat Duit Dengan Blog Dari Seminar DenaihatiMy Profile

  5. Mus

    May 26, 2013 at 11:02 PM

    tq atas perkongsian.. boleh jadi panduan kemudian hari
    Mus recently posted..Gambar Ops Daulat Lahad Datu Untuk DiGi WWWOW Awards 2013My Profile

  6. Izzuddin Fauzi

    May 26, 2013 at 10:43 PM

    Bestnye dapat berjalan… Lenkali g vietnam plak…

  7. jal

    May 26, 2013 at 8:20 PM

    bestkan melancong aku last ri tu pusing pulau sumatera jer thailand lama dah tak menapak, mana destinasi seterusnya??
    jal recently posted..Food Review : Mee Rebus RamliMy Profile

  8. titan

    May 26, 2013 at 8:11 PM

    macam baca laporan aje. haha..
    titan recently posted..Alexa rank Earncent.com – Mei 2013My Profile

  9. rozuan

    May 26, 2013 at 7:29 PM

    bestnya ke Thailand. tapi bagi saya agak takutlah kalau bersendirian
    rozuan recently posted..SELAMAT HARI LAHIR BLOGGER BRO FRAMESTONEMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge