chelse-vs-tottenham-hotspurs-130507c

Lihat pada table, Chelsea hanya 4 mata sahaja di belakang posisi runner-up, City. Chelsea bukan sahaja berpeluang untuk rebut slot UCL, malah kita juga boleh merampas kedudukan no 2 City. Ini semua bergantung kepada result 3 perlawanan terakhir.

Kembalinya AVB ke Stamford Bridge ini tidak membawa erti apa2 melainkan ia hanya satu game penting bagi untuk Chelsea untuk kekal dalam kedudukan 4 teratas. Suka ataupun tidak, pemecatan AVB itu ada hikmahnya walaupun ada di antara kita yang masih mengatakan bahawa AVB perlu diberi sedikit masa. Nak buat macam mana, motto Roman Abramovich “kelab didahulukan, gelaran diutamakan”. Hasil pemecatan AVB itu memberi kesan positif. Chelsea meraih dua piala dalam tempoh kurang 3 bulan bersama RDM. Aku berkata begini tak semestinya aku membenci AVB. Apa yang AVB buat di Spurs masih baik. Dan PFA player of the year iaitu Bale juga semakin hebat di bawah pimpinan beliau. Cuma bukan rezeki AVB  di Chelsea. Kelab seperti Chelsea memerlukan fast result dan kita tak ambil pendekatan “bersabar”, kerana aspek itu boleh menjerumuskan kelab power Chelsea ini bertukar menjadi kelab malang seperti Arsenal yang tiada apa2 piala sejak dari tahun 2006.

lalal

Lawan Spurs ini umpama “final”. Tahukah anda, jika Chelsea menang malam ini, secara automatik Chelsea akan raih slot ke Champions League musim depan tanpa perlu mengerah keringat pada 2 game terakhir. Kita boleh selesaikan dengan cepat perkara ini. Senang cakap, menang ke atas Spurs sudah mengesahkan Chelsea ke play-off Champions League walaupun dua game terakhir kalah.

Namun kalau Chelsea kalah, kita tetap di posisi ke-3 kerana goal different Chelsea lebih baik dari Spurs. Yang malangnya adalah Arsenal, kerana terpaksa turun posisi ke-5.

Kesimpulannya, peluang Chelsea untuk kekal dalam top 4 spot lebih terbuka berbanding Spurs & Arsenal.

P/S : Kick-off jam 2.45 pagi (waktu Malaysia). Siaran langsung di saluran Astro 810.

Kredit to KampungChelsea

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge