Home LIFESTYLE Malindo Air Trip 3 Hari 2 Malam ke Kuching Sarawak Part 1

Malindo Air Trip 3 Hari 2 Malam ke Kuching Sarawak Part 1

1904
5

DSC_0982

Malindo Air sebelum berlepas ke Kuching Sarawak

Alhamdulillah….

Percutian kali ini di taja sepenuhnya oleh Malindo Air dan Kerjasama dengan Sarawak Tourism Board. Percutian yang mengambil masa selama 3 hari ini di sertai oleh 13 orang Travel Blogger dan 20 peserta dari pihak media seperti Bernama TV, Kosmo, CNN, Gaya Travel dan beberapa orang dari Travel Majalah.

sebelum aku teruskan dengan review percutian kali ini aku nak cerita sedikit mengenai Malindo Air. korang tahu ke apa tu Malindo Air? meh sini nak habaq mai sikit meh..

Malindo Air Merupakan sebuah syarikat pernerbangan terkini di Malaysia, Malindo Air menggunakan 4 pesawat baru boeing 737-800, 737-900ER, Boeng 787 Dreamliner dan ART 72-60. dengan rangkaian yang merangkumi dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia, Malindo Air bersedia untuk mengubah Malaysia sebagai hub yang berpotensi menghubungkan indonesia dengan  penumpang ke destinasi di seluruh ASia. Malindo Air menawarkan perkhidmatan yang di reka khas  demi memuaskan cita rasa setiap pelanggang, Ruangan kaki 31 inci kerusi leather, hidangan ringan, hiburan dalam penerbangan (IFE) dan  Zon Permainan Kanak-kanak. sentuan unik dalam perkhidmatan Malindo Air ini berupaya memastikan perjalanan yang selesa bagi seisi keluarga anda.

DSC_0853

sidang media bersama Malindo air

tuhh dia…panjang lebar aku explain pasal Malindo Air nih…hangpa faham tak? ke nak aku explain lagi? kalau nak tahu lagi silalah cuba sendiri yer..

bagi aku secara personal Malindo Air jauh lebih selesa dari penerbangan low cost yang lain, selain harga yang sememangnya low keselesaan perlu di utuamakan.

part bagi aku yg selesa adalah, Makanan Ringan, ruangan kaki dan hiburan. serius korang akan rasa sekejap jer duk dalam flight. aku nak tidur pun tak sempat..hihihih..

ok cukup dulu mengenai Malindo Air. aku nak mulakan mukaddimah travel aku ke Kuching Sarawak.

DSC_0858

tarian menyambut tetamu dari STB di Hotel Riverside Majestic

flight kami ke Kuching jam 11.30 pagi pada 4 April 2013 dan sampai ke kuching jam 1.40 ptg kalau tak silap, perjalanan yang hanya mengambil masa 1 jam 40 minit. sampai jer di airport kami di sambut oleh Sarawak Tourism Board dengan persembahan tarian dari org sarawak. sangat awesome. lepas tarian sambutan kami terus ke bilik vip untuk sidang media mengenai Malindo Air.

habis jer sidang media kami di jamu makan tengah hari oleh pihak air port kuching dengan hidangan popular di sarawak iaitu ayam masak pansum kalau tak silap. ayam yang di masak dalam buluh bersama herba. sangat best u all…

habis jer lunch kami terus bergerak untuk check in hotel. hotel yang best 5 bintang. kami menginap di hotel Riverside Majestic Hotel.

untuk next aktiviti aku akan update di part 2…ehhehe..sikit sudah lah…update panjang-panjang korang buka baca sampai habis pun kan….

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge