Percutian Bajet: Keindahan Pulau Phi Phi, Thailand - Faizal Fredley

Percutian Bajet: Keindahan Pulau Phi Phi, Thailand

DSC_0516

HIDUP sebagai mahasiswa sememangnya dipenuhi dengan pelbagai tugasan, tetapi kesempatan bercuti tidak dilepaskan penulis untuk keluar dari ?kepompong? bagi melihat dunia luar walaupun hanya seketika.

Penulis bersama tiga rakan serumah yang sebelum ini tidak pernah bercuti bersama-sama, baru-baru ini memilih Pulau Phi Phi di Thailand sebagai destinasi percutian bajet.

Perjalanan kami bermula dari Pudu Sentral. Kami menaiki bas ekspres menuju ke Hatyai yang memakan masa kira-kira sembilan jam sebelum menaiki sebuah lagi bas menuju ke Krabi yang mengambil masa kira-kira lima jam.

Setelah tiba di Krabi, kami terus mendaftar masuk di JP Mansion sebelum mendapatkan pakej bersiar-siar di Pulau Phi-Phi keesokan harinya dengan harga RM130.

Hari berikutnya, seawal pukul 8 pagi lagi, kami sudah dijemput oleh wakil agensi kembara untuk ke pantai Aonang sebelum menaiki bot laju ke Pulau Phi Phi yang terkenal dengan keindahan alam semula jadinya.

Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 40 minit itu membolehkan kami menikmati keindahan pemandangan sekitar yang benar-benar memukau.

422762_3898065974053_1128888977_n

Kami telah dibawa ke Monkey Beach tetapi pelancong tidak dibenarkan turun dari bot kerana lokasi berkenaan merupakan habitat semula jadi monyet.

Bot berkenaan terus menuju ke Maya Bay. Penulis terkesima melihat kejernihan air di kawasan sekitar yang benar-benar jernih sehingga boleh melihat ikan dan terumbu karang dari atas bot.

Selepas makan tengah hari di kawasan berdekatan, kami dibawa ke lokasi seterusnya untuk aktiviti snorkeling di laut dalam.

Seperti tidak percaya, pemandangan yang dilihat di dalam air ibarat syurga ikan yang berwarna-warni dengan terumbu karang yang sangat indah.

Perjalanan berakhir di Bamboo Beach apabila pelancong dibenarkan bersiar-siar dan mandi-manda di kawasan sekitar selama satu jam tetapi kami terkandas gara-gara bot yang kami naiki tadi tersangkut di lumpur kerana air surut.

Nasib kami baik apabila bot yang kami naiki tadi kembali berfungsi selepas satu jam kemudian, jadi kami pulang dengan pengalaman dan kenangan yang indah.

Setibanya di Aonang, kami kembali ke bilik dan manggunakan masa yang ada untuk bersiar-siar di Krabi sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada awal pagi keesokan harinya.

OLEH: NURUL NADIA ANSAR, KUALA LUMPUR

Aku ni Graduant Engineering dari Tingkatan 4 sampai lah Diploma, Degree dan Master. PhD je belum tentu nak sambung ke tak. Jadi, jangan aspect ayat aku macam budak Masscom yang study benda2 macam ni....lagipun ni blog personal tak ada kaitan dengan sesiapa....

2 Comments

  1. Izzat Eshak

    March 10, 2013 at 11:46 AM

    Macam menarik je laut dia =)
    Izzat Eshak recently posted..Gaji dalam bisnesMy Profile

  2. pelangi

    March 10, 2013 at 11:07 AM

    bestnyaaaaa! totally berapa ratus habis pergi sana? hihi
    pelangi recently posted..Mungkin Itu Ada HikmahnyaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge