fureso lake

MUSIM sejuk yang melanda beberapa negara Eropah ketika ini menghalang orang ramai daripada berjemur dan mandi-manda di pantai terbuka sehingga ada yang terpaksa bercuti ke benua lain bagi tujuan itu.

Di Jerman, sebuah pusat peranginan mewah di Krausnick, Brandenburg mampu menggamit penduduk Eropah untuk ke negara itu tanpa perlu memikirkan cuaca sejuk atau pergi jauh untuk melancong.

Dengan pantai berpasir, air berwarna biru yang jernih serta pokok-pokok palma, ia sudah cukup membuatkan pengunjung melupakan cuaca sejuk di luar mahupun ribut salji.

Pengunjung dengan bersahaja boleh memakai pakaian mandi sambil bersantai bersama rakan-rakan dan ahli keluarga di pusat peranginan yang diberi nama Tropical Islands.

Yang menariknya tentang Tropical Islands adalah ia sebenarnya sebuah hangar gergasi dilengkapi pantai, lagun, taman tema air dan pepohon palma yang terletak di bekas tapak pangkalan tentera udara Soviet di daerah Dahme-Spreewald.

Hangar itu pada asalnya menempatkan pesawat yang direka bentuk untuk membawa kargo bagi perjalanan jauh.

Namun pada 2004, hangar itu diubah suai menjadi pusat peranginan dan mula dibuka kepada orang ramai.

Lebih menakjubkan, hangar yang berukuran 360 meter panjang dan 210 meter lebar serta ketinggian 107 meter itu cukup besar dan tinggi hingga mampu menempatkan mercu tanda Amerika Syarikat, Statue of Liberty.

Pengunjung boleh menikmati hidangan di pelbagai restoran, persembahan pada waktu petang dan merehatkan diri di sebuah sauna yang diwujudkan di situ.

Bagi yang ingin menginap, pusat peranginan itu turut menyediakan pelbagai pilihan tempat kediaman daripada yang asas hinggalah mewah.

Penginapan itu termasuklah kotej mahupun khemah di pantai.

Selain itu, pengunjung juga boleh menyaksikan pemandangan burung kenari dan flamingo yang terbang bebas di dalam taman berkenaan.

Sementara itu, Tropical Islands mempunyai kapasiti maksimum sebanyak 6,000 pengunjung sehari dan pada tahun pertama pembukaannya, ia telah menarik kedatangan sebanyak 975,000 pengunjung.

Malah, dewan yang menempatkan Tropical Islands kini dipercayai merupakan sebuah dewan terbesar di dunia.

Selain ribuan pengunjung yang datang, pusat peranginan itu juga mempunyai kira-kira 500 pekerja yang bekerja di taman tema tersebut.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge