
sebelum tu aku nak ucapkan congrat kepada diri sendiri dan terima kasih kepada semua yang mengundi blog ini sehingga blog ini berjaya di nobatkan sebagai Favorite Travel Blog di MSMW2013 sebalam yg berlansung di Berjaya Times Square semalam.
minnggu depan kalau tak silap aku LIMA 2013 di Langkawi akan berlangsung, jadi aku nak recommend kan 5 Hotel yang terbaik di langkawi. sepatutnya esok aku akan ke langkawi sehingga hari selasa atas tugas pemandu pelancong. namun disebabkan aku ada exam hari isnin terpaksa aku tolak tawaran tersebut… rugi wooo…
Keindahan alam semula jadi dan kecantikan pantai Pulau Langkawi memang terkenal di seluruh dunia.
Kepelbagaian aktiviti yang ditawarkan dan hotel penginapan yang bertaraf antarabangsa menjadikan Langkawi antara destinasi perlu dikunjungi.
Atas faktor itu juga, lima hotel di pulau yang menyimpan 1,001 keunikan itu tersenarai dalam Top 10 Hotel Terkemuka di Malaysia bagi anugerah 2013 Travellers’ Choice.
Tidak seperti penganugerahan atau pujian terhadap hotel lain, pemenang TripAdvisor Travellers’ Choice ini berdasarkan jutaan ulasan, pendapat dan penghargaan pada tetamu meliputi 650,000 hotel dan dikumpulkan dalam satu tahun daripada pelancong seluruh dunia.
Menawarkan 34 bilik yang menakjubkan, butik hotel Casa De Mar di tengah-tengah Langkawi bukan sana berada di kedudukan 10 hotel terkemuka Malaysia tetapi “Top 10 Hotel” di Asia dan Hotel Terbaik untuk Perkhidmatan Malaysia.
Selain itu, The Danna Langkawi, Four Seasons Resort Langkawi, The Datai Langkawi dan Tang Rhu Resort turut tersenarai dalam 10 Hotel Terbaik di Malaysia.
Kedudukannya yang strategik di hujung kawasan utara, membolehkan pulau itu menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dikunjungi, makanan yang lazat, pengembaraan luar yang menakjubkan dan spa.
Pengarah Urusan Casa del mar, Langkawi Tom Blachere berkata, penganugerahan dari TripAdvisor’s Travellers’ Choice untuk Top Hotel dalam Malaysia dan Best Hotel untuk Perkhidmatan di Malaysia itu cukup bermakna buat mereka.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada tetamu atas sokongan berterusan mereka.
“Kami akan memberi perkhidmatan yang standard tinggi bagi memastikan mereka kembali lagi ke Casa del Mar ini,” katanya.
INFO:
10 hotel terbaik di Malaysia:
1. Casa del Mar, Langkawi (Kedah)
2. The Danna Langkawi, Langkawi (Kedah)
3. Four Seasons Resort Langkawi, (Kedah)
4. The Datai Langkawi (Kedah)
5. Shangri-La’s Rasa Ria Resort (Sabah)
6. Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur
7. Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa Penang)
8. Tanjong Jara Resort (Terengganu)
9. Somerset Ampang Kuala Lumpur
10. Tanjung Rhu Resort (Kedah)


{ 1 comment… read it below or add one }
Award tu memang layak untuk blog ni

azman recently posted..Hidup Biar Sedap