Home LIFESTYLE Blogger Adalah Orang Yang Kaya Dan Mewah

Blogger Adalah Orang Yang Kaya Dan Mewah

840
3

blogger-kaya

assalamualaikum…

blogger merupakan orang yang kaya dan mewah? betul ker? hurmmm…for me, blogger dan bukan blogger sama je. mungkin ada blogger yang kaya dan ada juga blogger yang biasa-biasa. orang yang bukan blogger pun kaya dan mewah apa?

tetapi entah mengapa asalkan blogger jer mesti orang kata kaya, pelik juga aku mungkin ada yang betul-betul kaya namun isu blogger yang kaya dan mewah ni memang selalu terlekat dengan aku. aku pun tak tahu tang mana yang kayanya aku ni.

dalam email pun ramai yang kata aku kaya, dalam inbox facebook pun ramai yang pm kata aku mewah, dan face to face pun ada jugak yang kata aku kaya. kadang-kadang naik rimas jugak aku namun nak marah tu memang tidak sesekali. cuma aku ingatkan diri sendiri kata-kata mereka tu satu doa, x mustahil aku akan betul betul kaya satu hari nanti.

memang tak dinafikan ada blogger yang kaya dengan berblog tu namun kita kena tengok lah jugak titik peluh diorang, kerja keras diorang dan x factor yang diorang ada. itu adalah rezeki masing-masing.

bagi aku, aku hanyalah blogger biasa. dan masih lagi seorang student cuma bagi aku income tu kena lah pandai-pandai cari. tak kan nak harapkan duit family lagi. cukuplah dari kecil sampai umur 18 diorang support.

mungkin juga disebabkan aku pakai kereta, macbook, iphone, kamera dan barang-barang mewah namun ianya cukup perit untuk dapat semua tu dan aku bersyukur rezeki aku murah. dan ia tak semestinya aku seorang yang kaya dan mewah cuma Allah sahaja yg tahu betapa pedihnya untuk dapatkan semua tu..

atau mungkin juga disebabkan aku ni blogger tarvel, selalu buat review untuk tempat yang best-best, pergi melancong tempat yang mewah – mewah, tapi nak ditegaskan tak semua cerita yang aku tulis ni berdasarkan penaglaman aku sendiri. ada juga pengalaman orang lain dan ada juga percutiaan aku di support oleh syarikat2 tertentu.

ps: antara blogger yg kaya dgn berblog adalah Ben Ashaari, Red Mummy, Irfan Khairi, Just Khai, Beutifulnara dan Denaihati…. mereka juga merupakan seorang blogger sepenuh masa, so memang berbaloilah jika mereka kaya dengan berblog namun kaya dgn harta benda sahaja tak cukup kena lah kaya dengan budi bahasa juga kan..

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge