Cuti-Cuti-1Malaysia

BERCUTI adalah hobi yang sangat menyenangkan lebih-lebih lagi anda dapat mengunjungi tempat indah yang bukan semua orang dapat mencapainya.

Seorang pelancong bukan dinilai banyaknya gambar yang diambil, tetapi mereka adalah orang yang mempunyai banyak pengalaman mengenai sesuatu tempat.

Di samping itu, pelancong adalah mereka yang tahu bagaimana berkongsi pengalaman yang ada dalam setiap perjalanan yang dilakukan untuk orang lain.

Selain bercerita pengalaman mengenai keindahan sesuatu tempat, pelancong yg bijak juga dapat berkongsi pengalaman berkaitan sebarang persiapan menuju ke sesuatu tempat.

Sebagai pelancong yg bijak, anda harus bijak memilih, menentukan dan mengira bajet setiap lawatan. Ini kerana, jika tersalah pengiraan, anda boleh tertekan kerana bajet yang berlebihan atau barang yang dibawa terlalu banyak.

 DSC_0371

Justeru, untuk menghindari perkara ini berlaku, tip minggu ini mungkin dapat membantu anda menjadi pelancong yg bijak.

Cari maklumat

Sebelum bercuti, ada baiknya anda mencari maklumat dulu mengenai tempat percutian impian anda itu. cari maklumat sebanyak mungkin baik daripada teman, majalah atau pun Internet.

Sebagai contoh maklumat mengenai tempat menarik di sana, hotel, pengangkutan, tempat makan dan pusat membeli cenderahati.

Bersedia dengan peta

Sebagai pelancong atau orang asing di destinasi percutian yang dikunjungi, peta adalah benda yang sangat penting dan boleh dikatakan pembantu anda.
Ini kerana, ia dapat membantu untuk mencari tempat yang dicari dan penyelamat jika anda tersesat atau sebaliknya.

Cara untuk ke destinasi

Tentukan bagaimana cara paling tepat untuk sampai ke tempat yang dituju. Jangan disebabkan salah memilih pengangkutan, rencana percutian anda kelam-kabut atau huru-hara.

Pilih penginapan

Selepas mendapatkan maklumat mengenai penginapan, segera tentukan di mana anda akan menginap dan tempoh penginapan anda di hotel, chalet atau resort itu bersesuaian dengan bajet anda.

Barang bawaan

Bawalah barang secukupnya. Elak membawa barang berharga dan sesuaikan barang bawaan anda dengan tempat yang akan anda tuju.

Bawa juga ubat-ubatan peribadi anda dalam satu tempat dengan wang, pasport, tiket dan lain-lain. Anda juga boleh menyimpannya di tempat yang kecil di dalam beg dan mudah di bawa ke mana saja anda pergi.

Sentiasa berfikiran positif

Sentiasa bersikap positif dalam setiap perjalanan yang anda tuju. sikap ramah juga sangat diperlukan sebagai pelancong supaya semua perjalanan anda akan sentiasa menyenangkan.

Jadi, mula dari sekarang, belajarlah menjadi pelancong sejati dengan menjadi pelancong cergas yang sentiasa bersedia kerana melancong memiliki spektrum yang sangat luas, tidak ada betul atau salah dalam melancong.

Selamat bercuti!

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge