Santai di Colmar Tropicale

Denai.my - Catatan kembara seantero dunia

DSC_0901

UNTUK merasai pengalaman berada di negara beriklim dingin seperti Perancis pastinya memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Namun penulis berpeluang melunaskan impian itu tanpa perlu mengeluarkan belanja besar dengan berkunjung ke sebuah perkampungan berkonsepkan Perancis iaitu Colmar Tropicale di Bukit Tinggi, Pahang.

Perjalanan yang mengambil masa kira-kira satu jam menggunakan Lebuhraya Pantai Timur itu tidak begitu memenatkan tetapi mencabar ketahanan ‘perut’ saya selepas melalui jalan dalam.

Suasana dingin mula terasa apabila tiba di puncak dan memasuki kawasan Berjaya Hills Resort yang terletak pada ketinggian 823 meter atas paras laut.

Setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM12 bagi orang dewasa manakala RM8 bagi kanak-kanak dan boleh beriadah sekitar bandar mini berkeluasan 32.4 hektar ini sambil menghirup udara yang nyaman.

Perasaan teruja mula memuncak apabila saya melintasi kolam yang dipenuhi angsa dengan melalui di atas sebuah jambatan yang mempunyai reka bentuk unik sebelum masuk ke bandar berkenaan.

Pintu gerbang bertatah batu besar tersusun rapi menyambut kedatangan setiap pengunjung dengan gah membuatkan saya kagum dengan hasil binaan setiap struktur di sana.

Tidak sampai lima minit berada di kawasan itu, saya sudah mula merakam gambar bersama teman yang turut terpegun dengan keindahan bandar mini itu sebelum mendaftar untuk menginap di hotel.

Bangunan dalam kawasan itu terdiri daripada hotel, restoran, kedai cenderamata, spa dan pusat hiburan, sesuai dikunjungi oleh mereka yang berbulan madu mahu pun bekeluarga.

Sememangnya hasrat di hati saya datang ke sini untuk merehatkan diri, selepas bersiar-siar melihat kawasan sekitar bersama teman, saya masuk ke sebuah spa La Lavande untuk mandapatkan khidmat urut sebagai pelengkap kepada melepaskan tekanan kesibukan di bandar.

Selepas diurut sehingga hampir terlelap, tiba masa untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong dengan hidangan ala Perancis yang boleh didapati di restoran sepanjang laluan di tengah-tengah bandar mini itu.

Sambil makan, saya tersenyum melihat gelagat pengunjung yang rata-ratanya pengunjung tempatan yang sibuk bergambar dengan gaya tersendiri serta pasangan kekasih yang menggunakan kesempatan untuk merakamkan kenangan manis mereka.

Kabus mula kelihatan di setiap pelusuk Colmar Tropicale mulai waktu senja, dengan kegelapan wujud satu perasaan seram tetapi apabila lampu jalan dibuka, pemandangan di sini sangat indah seperti benar-benar di Perancis malah lebih indah lagi.

Saya bersama teman memutuskan untuk pulang ke bilik berehat sebelum bersiar-siar di beberapa kawasan lain sekitar Berjaya Hills Resort pada keesokan harinya.

Selepas menikmati sarapan pagi dengan minuman panas, kami memulakan perjalanan menuju ke Japanese Tea House yang terletak 305 meter lebih tinggi dari hotel kami.

Kami beratur untuk menaiki trem yang disediakan secara percuma dan menikmati keindahan tumbuhan beraltitud tinggi di sepanjang jalan menuju ke perkampungan Jepun itu.

Dalam perjalanan turun, kami sempat singgah di Adventure Park bagi mencuba aktiviti lasak Flying Fox sepanjang 900 meter, setinggi bangunan 20 tingkat itu merupakan terpanjang di Asia Tenggara.

Keseronokan kami terbatas apabila hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Jadi kami membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur tetapi pengalaman di Bukit Tinggi ini benar-benar membuatkan kami teruja.

- AZRIN

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge