Percutian Keluarga Di Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson

 

front_pics

PERCUTIAN seisi keluarga adalah jawapan terbaik untuk melepaskan tekanan selepas penat bekerja.

Namun, acapkali kita berdepan dengan masalah untuk mencari penginapan yang bukan sahaja terbaik untuk suami isteri beristirehat, bahkan untuk anak-anak yang dambakan keseronokan pantai dan rekreasi.

Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson, Negeri Sembilan mungkin jawapan terbaik bagi mereka yang sedang mencari sebuah resort untuk percutian seisi keluarga atau teman-teman secara berkumpulan.

Ini kerana dengan keindahan pantai, dekorasi bilik yang menerapkan tema Bali dan spa dalam taman yang mendamaikan, percutian di Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson pasti sukar dilupakan.

about_pd

Menurut Pengurus Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson, Shah Azam, resort empat bintang yang mula beroperasi sejak tahun 2003 itu menawarkan percutian yang bernilai wang untuk tetamunya.

“Bayangkan dengan RM400 hingga RM600, pelancong yang menginap di sebuah hotel lima bintang cuma mendapat satu bilik. Tetapi di sini untuk jumlah wang itu, mereka boleh mendapat tiga bilik malah dapat membawa seisi keluarga bercuti.

“Selain itu, kita juga menekankan kepada perkhidmatan yang mesra dan terbaik untuk setiap tetamu. Disebabkan itu, kita menerima tetamu yang biasanya datang semula untuk percutian berikutnya,” ungkap Shah.

rates

Resort menghadap persisir Pantai Selat Melaka itu memiliki 46 suite satu bilik, 94 unit suite dua bilik dan 58 unit suite tiga bilik.

Menambahkan lagi keselesaan pengunjung di situ, Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson lengkap dengan sebuah spa yang bukan sahaja dibina dalam kawasan santuari khas taman Bali, bahkan menawarkan urutan menggunakan juruterapi terlatih dari Jogjakarta, Indonesia.

Sesuai sebagai sebuah destinasi penginapan keluarga dan teman-teman, resort itu turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik contohnya berkaraoke, berkayak, menaiki banana bot, berenang di kolam renang atau pantai, bermain bola tampar dan banyak lagi.

Majlis resepsi

ANCASA Allsuites Resort & Spa dilengkapi kolam renang luas sebagai alternatif untuk tetamu yang tidak mahu berenang di pantai.

Untuk tahun 2013, Shah memberitahu, resort tersebut bakal menambahkan lagi satu pakej menarik buat pengunjungnya menerusi pakej perkahwinan Melayu.

Dalam landskap berdekatan pantai dan tata rias luar bertemakan taman Bali, majlis resepsi raja sehari pastinya lebih indah.

Menawarkan tiga jenis pakej untuk majlis perkahwinan, raja sehari boleh memilih pakej satu untuk RM20 seorang (hiasan meja makan pengantin percuma) atau pakej dua RM30 seorang (hiasan meja makan pengantin dan karpet merah percuma).

Bagi pakej ketiga harganya ialah RM50 seorang yang dilengkapkan secara percuma hiasan meja makan pengantin, karpet merah, satu bilik persalinan, hiasan gerbang, penginapan dua hari satu malam dan cenderamata kek buah untuk tetamu.

Pihak resort juga menawarkan perkhidmatan set pelamin, aksesori, hiasan dalaman dan kek.

Untuk maklumat lanjut mengenai penginapan atau pakej resepsi di Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson bolehlah menghubungi talian 06-662 7288.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge