7 Tempat Bulan Madu Paling Popular

Denai.my - Catatan kembara seantero dunia

7 tempat bulan madu paling popular bagi setiap pasangan yang inginkan satu percutian bulan madu yang sangat awesome.

Selepas semuanya selesai, berbulan madu adalah percutian yang paling dinanti-nantikan buat semua pasangan pengantin baru.

Bercuti bersama insan tersayang di destinasi yang diimpikan pastinya meninggalkan kenangan terindah dan akan dikenang hingga bila-bila.

Bagi pasangan pengantin baru yang sedang merancang untuk berbulan madu, Santai minggu ini menyenaraikan destinasi romantik berbulan madu yang pastinya meninggalkan 1,001 kenangan terindah dalam hidup kalian.

Alappuzha, Kerala

backwaters-of-alappuzha-in-kerala1

Alappuzha atau Alleppey adalah salah satu destinasi percutian dan bulan madu paling terkenal sepanjang tahun.

Dikenali sebagai ‘Venice of the East’ oleh Viceroy Lord Curzon, ia adalah destinasi di seluruh dunia yang cukup menarik bagi yang ingin menghabiskan berjam-jam lamanya bersendirian atau bersama pasangan diatas ‘boathouse’ mewah.

Beristirehat sambil menikmati panorama indah matahari terbenam bersama pasangan
memberikan suasana yang cukup romantis sekaligus menjadikan percutian bulan madu anda sebagai kenangan terindah buat selama-lamanya.

Paris, Perancis

ParisNightSkyline

Paris terkenal dengan jolokan ‘City of Light’ kerana keindahan panorama bercahaya yang boleh disaksikan dari atas Menara Eiffel adalah kota romantik harus dikunjungi terutama bagi yang ingin berbulan madu.

Selain melihat panorama bercahaya, berkelah di bawah kaki Menara Eiffel atau bersantai di jambatan berhampiran Notre Dame pasti cukup istimewa.

Selain itu, berkunjung ke Muzium The Louvre, Place Vendome dan Champs Elysees antara tempat paling menarik dan bahagian paling romantik serta terbaik di Paris pastinya meninggalkan 1,001 kenangan terindah yang sukar untuk dilupakan.

Venice, Itali

venice-italy

Venice terkenal sebagai bandar paling romantik di dunia dan pilihan terbaik untuk pasangan baru kahwin bagi berbulan madu.

Bandaraya Venice mempunyai banyak terusan dan jambatan di mana pengunjung boleh menaiki bot yang dinamakan Gondola untuk pergi ke sesuatu destinasi.

Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama pasangan seperti St Mark’s Basilica, Grand Canal dan ‘Piazza San Marco.

Mesir

images-Luxor-is-the-ancient-citymesir

Mesir adalah destinasi menarik yang mengetengahkan tradisi dan kemodenan dalam kehidupan harian masyarakatnya.

Dari Kaherah ke Iskandariah, padang pasir Mesir sudah menyaksikan pelbagai kisah-kisah cinta yang paling memilukan dan berkekalan.

Barcelona, Sepanyol

locations_barcelona

Sepanyol adalah negara yang sangat sesuai dikunjungi bagi yang mencari destinasi romantis berbulan madu.

Barcelona mempunyai tarikannya tersendiri dan unik. Bangunan-bangunan yang cantik serta monumen yang sudah berusia hampir ratusan tahun dengan cerita tersendiri cukup mempesona.

Bersiar-siar di bandar terbesar di Sepanyol itu bersama insan tersayang pasti menyeronokkan. Antara tempat-tempat menarik, Arc de Triomf, Torre de Collserola dan satu-satunya taman tema di Barcelona iaitu Place Del Tibidabo.

Istanbul, Turki

Blue Mosque Istanbul

Ibu kota Turki, Istanbul punya sesuatu yang romantis dan menarik untuk percutian bulan madu. Berlayar di perairan Bosphorus dengan langit yang membiru pasti mengasyikkan.

Kejauhan, pemandangan jambatan Bosphorus yang menghubungkan benua Eropah dan Asia penuh bermakna.

Berkunjung ke Blue Mosque pasti memberikan kedamaian. Menghabiskan masa melihat pelbagai pameran di Hagia sophia yang dibina untuk dijadikan gereja kemudian ditukar menjadi masjid dan kini menjadi muzium.

Menghangatkan lagi percutian romantik berbulan madu di Istanbul adalah dengan bersiar-siar di bazar-bazar yang menjual pelbagai barangan antaranya Beyazit Grand Bazaar, Taksim dan banyak lagi.

Hawaii, Amerika Syarikat

lanikaibeachoahuhawaii

Keindahan Hawaii sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Hawaii juga adalah pulau yang mempunyai banyak pantai tercantik di dunia.

Alam semula jadinya yang cantik, bersuhu sederhana, laut yang membiru dan pantai yang cantik menjadikannya destinasi romantik berbulan madu.

Dulunya, Hawaii dikenali dengan ‘3 W’ iaitu Wind (angin), Waves (ombak) dan Wings (Burung) sebelum diduduki manusia.

Bersantai di tepi pantai sambil menikmati kesegaran buah kelapa pasti meninggalkan kenangan manis saat anda berbulan madu bersama pasangan tercinta.

Comments

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge