Home OCEANIA Australia Kembara 10 Hari ke Canberra, Blue Mountains Dan Sydney, Australia

Kembara 10 Hari ke Canberra, Blue Mountains Dan Sydney, Australia

3013
1

Panorama di Sydney, Canberra memang menggamit pelancong

sydney-manly

JAUH perjalanan, luas pengalaman. Peribahasa itu sesuai menggambarkan pengembaraan penulis selama 10 hari ke Canberra, Blue Mountains dan Sydney, Australia baru-baru ini.

Mungkin bagi sesetengah orang atau yang biasa ke tempat itu, kunjungan di tiga kawasan terbesar di Australia tiada yang baru, namun bagi penulis, banyak yang boleh diterokai kerana inilah kali pertama menjejakkan kaki ke Australia.

Dalam perjalanan bersama rakan-rakan, kami mengembara ke pelbagai tempat ditemani pegawai Tourism Australia, Donna Ciacci di Canberra sebelum Pegawai Perhubungan Awam Destination New South Wales, Sally McCann mengambil alih tugas menjadi hos sepanjang perjalanan dari ibu negara Australia hingga ke Blue Mountains dan Sydney.

Menjejakkan kaki ke Canberra dengan cuaca dingin di bawah 15 darjah Celcius membuatkan pelawat atau pengembara perlu berpakaian tebal dan berlapis bagi menghangatkan badan selain menyesuaikan diri dengan keadaan suhu di wilayah ini.

Kunjungan ke Canberra amat bermakna dan kena pada masanya kerana ketika itu berlangsung Festival Canberra sempena menyambut hari jadi ke-100 wujudnya bandaraya ini.

P1120058

Di situ, kami dibawa melawat tempat yang menjadi tumpuan pelancong seperti Muzium Nasional Australia yang mempamerkan pelbagai sejarah penubuhan Australia yang terdahulu dikenali Aborigins atau orang Asli sebelum kedatangan Kapten James Cook.
Canberra pula bukanlah bandar raya yang mempunyai banyak bangunan pencakar langit kerana pelan pembangunannya dirangka rapi dengan setiap bangunan dihadkan ketinggiannya. Di sini juga terletaknya pusat pentadbiran negara dengan bangunan Parlimennya tersergam indah.

Pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila dibawa makan malam ala Inggeris sambil menyaksikan pertunjukan bunga api sempena Festival Canberra.

Hari keempat berada di negara ini, kami kemudiannya memulakan perjalanan mengikut laluan berhampiran laut sebelum singgah di beberapa pekan kecil, antaranya Bateman’s Bay, Jervis Bay, Berry dan Kiama sebelum menuju kek kawasan pergunungan Blue Mountains.

Sepanjang perjalanan itu, kami berpeluang menemui beberapa pemimpin Aborigins dan mempelajari serba sedikit kehidupan mereka. Terdapat persamaan dengan orang Asli di Malaysia kerana mereka menjadikan sumber hutan sebagai peralatan serta produk kehidupan mereka.

Namun, kebanyakan Aborigins di situ mengubah cara kehidupan mereka ke arah lebih moden tanpa meninggalkan adat resam dan kepercayaan masing-masing.

534707_3002291716000_2020817442_n

Tiba di Katoomba, Blue Mountains, kami dibawa melawat pula pelbagai tempat menarik selain diberi penginapan di resort bertaraf lima bintang. Kami turun menemui pelancong dari China dan Jepun selain beberapa pelajar Malaysia yang bercuti di situ.

Selesai menjelajah keindahan flora dan fauna di kawasan pergunungan, kami ke Sydney pula. Memang banyak tempatan menarik boleh dilawati seperti The Rocks dan Sydney Harbour, iaitu mercu tanda yang wajib dikunjungi.

Seni bina Sydney Harbour memang menarik kerana dibina melengkung, malahan turut dicatatkan dalam Guinness World of Records sebagai jambatan besi lengkung terpanjang dan tertinggi di dunia dengan ketinggian kira-kira 429.6 kaki atau 134 meter.

Tawaran untuk menonton persembahan opera yang pertama kali dipersembahkan di luar dari Sydney Opera memang tidak boleh dilepaskan. Walaupun disampaikan dalam bahasa Perancis.

Sama ada di Sydney atau Canberra, tidak sukar mencari makanan kerana pelbagai restoran boleh ditemui. Terdapat restoran menjual makanan Asia seperti Korea, Vietnam, Jepun dan China. Makanan halal juga paling mudah ditemui kalau berada di Sydney.

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge