Percutian Di Pulau Redang 3 Hari 2 Malam . Sebenarnya sudah lama penulis merancang untuk bercuti ke Pulau Redang, Terengganu. Perancangan awal perlu supaya kamu dapat mengawal serta mengurangkan bajet perbelanjaan kamu sepanjang berada di sana.

Penulis mula bergerak ke Kuala Terengganu dengan menaiki bas dari Shah Alam, Selangor. Lebih jimat menaiki bas awam berbanding menggunakan kenderaan sendiri.

Redang Bay Chalet Pulau Redang Terengganu

Bajet Percutian Ke Pulau Redang

Sesampainya di Kuala Terengganu, penulis diberitahu oleh penduduk tempatan supaya membeli stok makanan terlebih dahulu sebelum bergerak ke pulau bagi menjimatkan perbelanjaan.

Sebaik sahaja diberitahu, penulis dan rakan-rakan pun apa lagi, membuat tindakan drastik untuk memborong stok makanan sampai tak cukup tangan hendak membawanya.

Tunggu punya tunggu, feri pun sampai pada kira-kira pukul 10 pagi. Jarak perjalanan agak jauh, tetapi dek kerana terpesona dengan keindahan alam sepanjang perjalanan, rasa macam seminit dua sahaja.

redang

Setibanya di Pulau Redang, penulis terpaku seketika. Pantainya memang putih, laut yang jernih, memang betul-betul memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.

Perjalanan diteruskan, mencari lokasi kediaman yang tersedia dalam pakej percutian penulis.

Dari luar nampak macam calet yang tak berapa ‘kelas’, tetapi bila tengok di dalam…, boleh tahan juga. Kelengkapan asas semuanya ada. Siap ada penghawa dingin lagi.

Cukup tentang penginapan. Tarikan utama di sini adalah aktiviti snorkeling. Baiklah, penulis akan gabungkan semua pengalaman penulis melakukan snorkeling yang sangat mengujakan ini.

Lokasi pertama snorkeling adalah Pulau Batu Sauh. Kejernihan air laut memang menakjubkan. Belum terjun ke laut lagi sudah nampak warna-warni kehidupan di dasar laut.

Lokasi kedua penulis melakukan snorkeling adalah Taman Tema Marin. Berlainan sedikit dengan lokasi snorkeling sebelum ini. Di sini, hidupan lautnya lebih banyak kerana dipelihara.

DSC_0490

Penulis juga berkesempatan untuk berada dekat dengan belut sepanjang 10 kaki. Khuatir digigit belut, penulis hanya menyaksikan sahaja ia lalu di depan mata.

Snorkeling kali ketiga ini lebih menyeronokkan sebab penulis dapat berenang bersama anak ikan yu. Nampak ganas…he…he…he…

Perasaan? Memang takut pada mulanya, tetapi peluang macam ini bukan datang selalu. Mula-mula takut juga hendak pegang walaupun anak ikan yu. Namun, memikirkan peluang hanya datang sekali, penulis sentuh juga ikan yu itu.

Hamzah 037

Jangan risau tentang keselamatan kerana sekiranya kita patuh pada arahan yang mahir, perkara-peraka yang tidak diingini dapat dielakkan.

Bermalam di Pulau Redang juga menyeronokkan kerana pelbagai aktiviti disediakan termasuk karaoke, BBQ dan persembahan live band.

– AZRUL

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge