Kedamaian di The Saujana Resort Kuala Lumpur menepati keperluan urusan perniagaan mahupun singgah bertandang untuk merasai suasana berbeza di tengah bandar.

MENIKMATI minum petang di sini pasti menenangkan.

TERLETAK berdekatan dengan Lapangan Terbang Subang, The Saujana Resort Kuala Lumpur sedia menerima kunjungan pelancong untuk menginap. Lokasinya di pinggir ibu kota membuatkan The Saujana Resort Kuala Lumpur bebas daripada kesesakan sekali gus memberi ketenangan kepada tetamu.

Bukan itu sahaja, kemudahan yang lengkap menjadikan resort itu sesuai untuk penganjuran aktiviti korporat mahupun keluarga.

BAHAGIAN hadapan salah sebuah restoran di The Saujana resort, Kuala Lumpur.

Terdapat tiga kategori bilik disediakan iaitu superior, deluxe dan eksekutif. Kesemuanya berjumlah hampir 200 bilik.

Selain bilik, kemudahan untuk mengadakan aktiviti riadah turut disediakan. Antaranya adalah kolam renang, pusat perniagaan yang menyediakan kemudahan Internet, pusat kecergasan, butik dan kedai cendera hati untuk tetamu.

RUANG yang sesuai untuk berbual dan bersantai.

Kemudahan untuk ruang peribadi di dalam bilik pula meliputi bar mini dan pendingin hawa yang dikawal sendiri. Apa yang disediakan itu pasti menambah keselesaan kala berehat di sini.

Bagi tetamu korporat yang bertandang untuk menganjurkan seminar atau mesyuarat pula, The Saujana Resort Kuala Lumpur menawarkan lapan buah dewan dan bilik untuk tujuan tersebut.

TERDAPAT lapan buah restoran di The Saujana Resort Kuala Lumpur.

Selain itu, untuk pasangan yang ingin mengadakan majlis resepsi perkahwinan pula, dewan yang cukup memuatkan lebih 200 tetamu pada satu-satu masa pasti meninggalkan sejuta memori.

Dikelilingi persekitaran resort yang indah dan menghijau, tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan tidak perlu bimbang untuk meletak kenderaan. Ini kerana perkhidmatan meletak kereta diberi percuma dan itulah yang membezakannya dengan kemudahan di hotel-hotel lain di sekitar bandar raya.

Lebih menarik, The Saujana Resort Kuala Lumpur menyediakan lapan buah restoran pelbagai cita rasa dan makanan tradisi dari negara Itali, China dan Jepun. Tidak dilupakan adalah sajian tempatan. Aneka pilihan juadah itu dicipta bagi memenuhi selera pengunjung yang pelbagai. Selain itu, seleksi menu baru dalam hidangan turut menanti pengunjung pada setiap hari.

Apabila menjamu selera di restoran-restoran di situ, pengunjung boleh melihat pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang diberikan kepada restoran berkenaan.

Hiasan dan layanan kakitangan di situ juga memuaskan hati. Yang pasti, makanan, penginapan mahupun aktiviti yang dijalankan di resort itu memberi seribu kenangan dan kepuasan buat tetamu yang bertandang.

DSC_0001

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge