Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

 

DSC_0901

Assalamu’alaikum,

Bersempena hamba berkursus di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang D.M., hamba ambil juga gambar-gambar sekitar Colmar Tropicale ni.  Sebelum itu, lihat pemandangan matahari terbit di sini.  Setelah berada di sini dari 20-22 April 2012, hamba simpulkan, kalau nak bercuti ke Bukit Tinggi ni, tak payahlah, bukan ada apa-apa pun.  Kalau datang berkursus, bolehlah, sebab ‘percuma’. Kalau nak singgah sekejap untuk lihat-lihat, bolehlah, tapi kena bayar ‘tol’ dulu sebelum boleh masuk. Kalau nak menginap semalam dua di sini, dan menikmati ‘pemandangan’ dan ‘suasana’ di sini, tiada apa yang istimewa. Memanglah, Colmar Tropicale ini mengambil senibina dan dekorasi sebuah kampung di Peranchis, tapi itu sajalah. Nak kata sejuk, tak sejuk mana sebab antara 2,500 – 3,000 kaki dari aras laut.  Nak kata ada yang istimewa, makanan Barat rata-rata dihidangkan di restoran di sini, kononnya dah sampai di Peranchis dan menikmati makanan di sana…he3…
Sebelum hamba datang pun, dah baca beberapa komen di internet, tak ada apa yang istimewa. Layanan pihak hotel pun, tidak begitu menyerlah. Banyak nak kena baiki. Apa-apapun, bolehlah dimasukkan dalam kalendar tempat pelancongan tanah tinggi, sampai sekali pun cukup. Hamba dah sampai beberapa kali ke Gunung Jerai, Bukit Bendera, Bukit Larut, Cameron Highland, Bukit Fraser, Genting Highlands, dan Bukit Tinggi…Bukit Tinggi hamba kira setara dengan Bukit Bendera saja, tak ada apa sangat. Cuma Bukit Bendera mempunyai pemandangan yang lebih banyak, baik dan berkualiti.  Bukit Fraser lebih menyenangkan dari segi tak hiruk-pikuk, Cameron Highland terbaik, Genting Highland ‘tidak digalakkan’ sebab banyak tempat maksiat, silap-silap boleh jadi haram.  Yang selalu hamba pergi adalah Bukit Bendera dan Cameron Highland. Yang nak pergi lagi, Gunung Jerai…Mengapa? Hamba biasanya ‘ada urusan’ di dua-tiga tempat itu. Memandangkan blog hamba juga hamba gunakan untuk mempromosi lokasi-lokasi pelancongan di Malaysia, hamba masukkan jugalah cerita Colmar Tropicale ini. Kalau pendapat peribadi, kebanyakan lokasi pelancongan di Malaysia masih ‘tidak setaraf’ dengan negara-negara Eropah…Yang penting adalah isi, bukan kulit, fikir-fikirkanlah!
Selepas ini adalah sedikit cerita dan gambar tentang Japanese Village di Bukit Tinggi. Selamat menikmati pemandangan Colmar Tropicale yang tidak seberapa…Cuti-Cuti Malaysia, jangan tak bercuti. Kalau baca dan kaji Al-Quran dan perjalanan hidup RSAW, pelancongan a.k.a. rehlah adalah dituntut dalam Al-Quran dan As-Sunnah, cuma niat bercuti/melancong, cara  bercuti, di mana bercuti, apa yang dibuat semasa bercuti kena betul dan bersesuaian dengan Islam. 5-6 tahun dulu, hamba cadangnya nak tulis sebuah bab dalam sebuah buku teks peringkat pengajian tinggi tentang Pelancongan Mengikut Islam, tetapi belum berkesempatan…, moga-moga Allah Taala lapangkan masa hamba untuk menulis perkara ini. Jangan campuradukkan perkara-perkara batil dalam percutian anda, jangan tinggalkan solat wajib dalam percutian anda. Jaga aurat, pergaulan dan lain-lain tuntutan agama semasa bercuti. Gunakan peluang cuti bersama anak-anak dan isteri untuk mengeratkan perhubungan dan meninggalkan kenangan manis bersama. Wassalam.
20 April-Kursus bermula malamnya, jadi petangnya ambil angin
Kalau di negara Eropah, bunga-bunganya memang mekar sebab suhu dan cuaca di sana
Dari atas sebuah menara…Kira-kiranya, inilah ‘kampungnya’…
Kebanyakan rumah di Eropah tidak memerlukan penghawa dingin tetapi pemanas…
Restoran di Eropah memang sesuai makan di luar sebab suhunya dingin dan habuk-habuk tidak bertebaran
Kalau di Malaysia, kita suka makan di luar restoran juga tetapi debu-debu jalan sebenarnya ‘masuk’ ke dalam makanan kita
Sekali naik 2 token, satu tokem RM2…tak payahlah didik anak dengan keseronokan sementara ini…Sekali-sekala bolehlah….
Yang ini ada unsur perjudian walaupun bukan judi, jadi elakkanlah….
Ini tradisi makan di Barat. Kalau kerja sebagai pegawai kerajaan dan swasta, kena belajar, ambil kursus untuk ‘makan berhidang’…. Tidak dinafikan kekadang, sebahagian dari kita masih mengagungkan tradisi Barat (termasuk hamba juga)…kalau makan secara Islam, mudah dan kosnya murah.
Parkir adalah di bahagian ‘bawah’ semua bangunan/binaan di kampung ini.
Masih tradisi Eropah tetapi kat Eropah tak ada sos cili dan tomato atas meja…he3..
Antara aktiviti lain ditawarkan di sini…
Ada juga kolam renang di sini, kalau anak-anak nak mandi, kena tunggu 10 pagi ke atas…sejuk!
Kerajaan negeri Pahang mudah ‘memberikan’ tanah untuk dimajukan dengan aktiviti pelancongan, kalau untuk aktiviti dan pengembangan agama Islam bagaimana ya?
Banglo-banglo orang-orang terlebih kaya di sini…
DSC_0901
Hamba berkursus waktu malam, isteri hamba yang ambil gambar ini.
Teknologi digital memudahkan gambar-gambar malam diambil…Kalau dulu, nak kena beli filem yg mahal…
‘Brader’ ni orang Melayu kalau dengar kata-katanya…
Sedang menyiapkan ‘pedang’ untuk anak lelaki hamba…

Dalam 1 minit dah siap…habis kira-kira 20 belon  yg dibentuk menjadi pelbagai barang yang diberikan percuma kepada pengunjung, beliau pun ‘masuk’…

 

oleh Muhammad Qul Amirul Hakim

 

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge