2012 satu tahun paling best dan tak best dalam hidup aku. biasalah setiap yg hitam mesti ada putihnya kan. dalam hidup pun ada baik dan ada buruk nya. so aku just bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.

Percutian 7 Hari di Sabah

sabah

2012 kau mulakan dengan travel ke sabah bersama air asia, masa ni kalau tak silap aku masa aku cuti sem, bulan februari. aku kat sabah selamat 7 hari, syok giler,manukan island dan kaki gununf kinabalu memang best. ohsem

USS Singapura

uss

balik dr sabah aku terus masuk semester baru, cuti mid sem seterusnya dalam bulan mac. bulan mac aku ke USS singapore, serius memang fun habis. rasa nak pergi lagi jer. tiker masuk USS kalau x silap aku dalam 74 Dolar Singapore sb aku pergi time cuti so mahal sikit.

Genting Highland

genting

balik dari USS aku singgah KL jap utk bermalam, nak balik kelantan masih awal lagi so aku terus ke genting highland, kat sana aku duk hotel awana resort, memang best hotel tu, harga just nice. aku duk dalam 3 hari 2 malam.

3 Hari 2 Malam di Pulau Perhentian, Terengganu

perhentian

seterusnya masa cuti sem. aku balik kelantan dalan bulan jun, so plan seterusnya ke perhentian, dah lama aku nak ke sana akhirnya tercapai jugak…3 hari 2 malam di perhentian resort. dalam planning nak ke pulau redang tapi masa x de sb dah nak puasa. so balik kampung tanam jagung.

Percutiaan 4 Hari 3 Malam di Bali, Indonesia

bali 2012

habis je puasa aku terus fly ke Indonesia, bali adalah destinasi yg cukup best. utk ke bali aku plan dari bulan mac lagi. ohsem. kalau tak silap aku pergi raya ke 4 kot. duk sana selama 4 hari 3 malam

Percutian Star Cruise 4 Hari 3 Malam

Untitled 2

balik dari bali aku terus ke penang sebab destinasi seterusnya adalah pelayarah mewah dgn star cruise selamat 4 hari 3 malam. aku naik cruise sebelum aku start sem baru dan paling bermakna aku sambut besday aku di atas kapal pada 9 september yg lalu. memang rasa hebat sekali.

Krabi Island, Thailand

krabi

hari kedua aku kat cruise, cruise singgah di krabi, krabi island yg c=sangat sangat cantik, bersih, air dia perghhh…

Phuket Island, Thailand

phuket3

hari ke3 kami singgah di phuket utk shopping time. kast phuket sempat jugak aku beli baju 5 helai utk aku dah selebihnya utk kawan2 dan family.

Pulau Langkawi

langkawi

lepas ke thailand aku senyap seketika sb dah mula sem baru, tapi bila cuti mid sem aku terus ke pulau langkawi sb kawan aku dr kampung nak dtg perlis, so aku bawak terus ke langkawi.  dan ini merupakan kali ke 6 aku jejak kaki ke pulau langkawi, so jalan kat sana pun dah sgt familiar.

Gua Kelam, perlis

gua kelam

penutup tahun 2012 aku picnic di gua kelam perlis bersama classmate. selamat 5 tahun di perlis ni lah kali pertama aku jejak kaki ke gua kelam. not bad.

sebenarnya byk lagi tempat aku pergi cuma mood nak update agak malas sebab tgh busy dengan final exam….

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

13 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge