Jom Jelajah Bandar Hobbit Di New Zealand

FILEM trilogi, Lord of the Rings arahan Peter Jackson memang tidak dapat disangkal popularitinya sejak ditayangkan pada 2001.

Populariti filem itu berterusan dengan penayangan filem The Hobbit: An Unexpected Journey bulan ini.

Keadaan itu menjadikan New Zealand yang merupakan lokasi penggambaran filem berkenaan, ‘dihidupkan’ sebagai sebuah tempat yang seolah-olah wujud dan bukan sekadar fiksyen.

Untuk tujuan itu, sebuah bandar digelar Hobbiton sempena nama kaum manusia kerdil, Hobbit dalam filem tersebut.

Bandar yang dibina pada 1998 itu, pada awalnya hanyalah satu lokasi penggambaran untuk filem tersebut.

Namun, populariti filem tersebut menyebabkan New Zealand mengekalkannya sebagai sebuah bandar sebenar dalam usaha menarik perhatian pelancong.

Tarikan terbaru di bandar tersebut merupakan sebuah rumah tumpangan dikenali sebagai The Green Dragon selepas ia dibuka secara rasminya kepada pengunjung pada bulan lalu.

Rumah tumpangan itu dirasmikan pembukaannya pada 29 November lalu oleh Perdana Menteri New Zealand, John Key.

Green Dragon merupakan lokasi penggambaran watak-watak utama filem trilogi The Lord of the Rings, Frodo Baggins bersama rakan-rakannya, Sam, Merry and Pippin menghabiskan masa.

Rumah tumpangan itu sangat menarik kerana dibina dengan pendiangan, sistem paip dan bekalan air yang berfungsi.

Menurut akaun rumah tumpangan itu di laman web sosial, Facebook, Green Dragon adalah tempat minum, bertemu dan merehatkan kaki anda yang berbulu, yang merujuk kepada ciri fizikal Hobbit.

Ciri-ciri reka bentuk seni Hobbit juga dapat dilihat pada rumah tumpangan itu terutama pintunya yang berbentuk bulat.

Pengarah Lembaga Hobbiton, George Hickton berkata, Green Dragon pada masa depan akan diubah suai bagi membolehkan orang ramai menginap di sana.

Pengurus Hobbiton, Russell Alexande berkata, ketika ini, lebih 300,000 pengunjung yang terdiri daripada peminat filem tersebut telah melawat bandar tersebut.

“Penayangan filem terbaharu Hobbit dijangka menarik kira-kira 100,000 pengunjung sepanjang tahun depan,” katanya.

#TIPTRAVEL: SEWA POCKET WIFI SEBELUM FLY!!! BOLEH SEWA POCKET WIFI DI SINI
#BERTUKAR KEPADA WORDPRESS? BOLEH BELI HOSTING DAN DOMAIN DI DIGITALPREFIX

 

 

One Comment on “Jom Jelajah Bandar Hobbit Di New Zealand”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge