SHARE

Bercutian Di Putrajaya | MUNGKIN ramai tidak menyedari bahawa Putrajaya merupakan sebuah tempat yang menyeronokkan untuk bercuti, selain destinasi pantai, tanah tinggi mahupun pulau-pulau di sekitar Malaysia.

Baru-baru ini, penulis berpeluang menikmati keindahan Putrajaya dengan melawat beberapa tempat menarik di sekitar pusat pentadbiran negara itu.

Bagi pengunjung dari Kuala Lumpur, kamu boleh memilih sama ada menaiki perkhidmatan tren (ERL), bas, kereta mahupun teksi.

Adakah kamu tahu bahawa Putrajaya juga terkenal sebagai bandar dalam taman? Ini kerana lebih 40 peratus kawasan Putrajaya adalah taman-taman awam yang dibina khas sebagai kawasan rekreasi dan riadah untuk masyarakat.

Bagi mereka yang pertama kali datang ke Putrajaya pasti terpegun melihat kecantikan dan kehebatan bangunan-bangunan kerajaan serta masjid.

Masjid Putra contohnya yang terletak di tepi tasik memiliki reka bentuk Islam dari Timur Tengah dan sistem pengudaraan yang moden.

_MG_9911

Bukan itu sahaja, selesai menikmati keindahan bangunan, penulis berpeluang melawat salah sebuah taman daripada 10 buah taman yang terdapat di Putrajaya.

Taman Botani mempunyai keluasan 92 hektar dan lebih 700 spesies flora dari sekitar Asia terdapat di sini yang boleh dinikmati oleh para pengunjung.

Bagi yang mempunyai basikal, mereka boleh mengayuh basikal di dalam taman ini tanpa sebarang bayaran, manakala harga bagi menyewa basikal adalah serendah RM4.

Tempat Menarik di Putrajaya

Jika kamu berasa malas untuk mengayuh, Taman Botani juga menyediakan tram untuk pengunjung menikmati keindahan di taman itu.

Di taman ini juga terletak sebuah bangunan yang dinamakan Morocco Pavilion. Bangunan itu mempunyai ciri-ciri seni bina Maghribi yang begitu indah dan unik yang boleh dilawati pengunjung.

IMG_2401

Setelah puas menghayati keindahan alam, penulis bergerak ke tempat makan yang terletak berhampiran Cruise Tasik Putrajaya.

Alang-alang sudah berada di sana, penulis tidak melepaskan peluang untuk menaiki cruise bagi menikmati suasana yang mendamaikan di sana.

Mereka yang menaiki cruise pada sebelah petang berpeluang menikmati keindahan senja dari dalam cruise yang sangat memukau.

Keindahan tersebut sememangnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Jadi, bagi mereka yang belum pernah ke sini sememangnya Putrajaya menawarkan lebih daripada sekadar tempat berurusan dengan kakitangan kerajaan.

Perjalanan dengan cruise yang memakan masa 45 minit nyata memberi kepuasan kepada penulis sebelum penulis menamatkan lawatan sehari di Putrajaya.

Bagi yang ingin bermalam, banyak pilihan hotel ditawarkan daripada hotel murah sehinggalah hotel bertaraf lima bintang.

Rancang perjalanan kamu dengan baik kerana Putrajaya menawarkan pelbagai keunikan yang tidak ada di tempat lain.

– AMIRUL/FAIRUZ IZYANA AYUB

Tip Travel

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

2 COMMENTS

  1. Salam Rakan Media,

    Sememangnya Blog anda punyai daya tarikan tersendiri dalam menyampaikan maklumat kepada rakan2 blogger dan media baru.

    Mohon jasa baik anda agar dapat menyenaraikan Laman Portal KLPOS dalam

    senarai (link) blog pilihan di blog anda.

    Hopefully dapat berkongsi maklumat terkini dan isu2 semasa menerusi

    laman portal KLPOS.

    TQ n Salam Persahabatan.

    http://klpos.com/

    KLPOS News Portal

  2. Yup memang tak dinafikan taman Botani adalah The Best park untuk berekreasi. Lagi puas kalau pusing sampai habis. sure tak menyesal punya. Selain dari tu. Taman Botani ni gak port para penganting ambil gambar outdoor. Memang seronok kalau berpicnic kat situ. so far to me Taman Botani yang paling best diantara semua taman yang ada kat Putrajaya. By the way orang kata ada 1 lagi taman and nama taman tu Taman Saujana Menghijau..depa kata best kalau pi situ…..nanti ada masa nak pi situ…
    M’Rie R’Nie recently posted..Jom Kahwin JomMy Profile

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge