Home OCEANIA Australia Kembara Untuk Jiwa Dan Raga di New South Wales

Kembara Untuk Jiwa Dan Raga di New South Wales

2563
0

 

Sama ada dari atas helikopter, kapal terbang laut, bas persiaran mahupun dalam kenderaan sendiri, New South Wales ada pelbagai pengembaraan yang bakal mengasyikkan semua.

Tarikan Utama

Legendary Pacific Coast
Terletak antara Sydney dan Brisbane, Legendary Pacific Coast adalah satu pengembaraan yang mengasyikkan, satu wadah kepelbagaian Australia.

Tarikan ini merangkumi beberapa pantai luncur air paling terkenal di Australia, Port Stephens, hutan hujan, pekan kecil, kawasan Orang Ssli dan taman negara dengan status Tapak Warisan Dunia (World Heritage).
Legendary Pacific Coast juga lengkap dengan komponen seperti spa, kawasan peranginan persisiran dan juga tempat wain Hunter Valley.
Menuju ke arah utara, keluar daripada Sydney, Central Coast mungkin boleh dijadikan persinggahan pertama. Australian Reptile Park di Somersby membolehkan pengunjung mengambil gambar bersama koala, memegang ular, ,melihat buaya dan pelbagai haiwan liar lain.
Glenworth Valley Horse Riding adalah pusat menunggang terbesar Australia, dengan 3,000 ekar lembah hijau dan denai hutan hujan; juga disediakan – latihan untuk penunggang pelbagai kemahiran.
Central Coast terkenal dengan pantai meluncur air dan Central Coast Surf School ada sekumpulan pelatih profesional yang berkhidmat di pantai Avoca, Terrigal dan Umina.
Di Terrigal, kapal HMAS Adelaide sekarang menjadi tukun tiruan yang menarik penyelam dari dalam dan luar negara.

The Rainforest Way
Terletak pantai utara Byron Bay, Rainforest Way adalah satu siri jalan yang memaparkan hutan-hutan hujan yang tersenarai sebagai Warisan Dunia.
Tarikan utama di sini termasuk kawah gunung berapi Tweed, caldera berbentuk leper dan kawasan hutan hujan sub-tropika yang kaya dengan tumbuhan, unggas dan mergastua.
Di kawasan lembah hutan hujan, ada ladang pisang, tebu dan pekan kecil yang serasi dengan kawasan sekeliling.
Sementara itu, Tweed River Art Gallery adalah antara galeri seni tersohor di rantau ini.

Grand Pacific Drive
Terletak di selatan jalan antara Sydney ke Nowra, Grand Pacific Drive adalah satu perjalanan yang memberi inspirasi kepada semua. Sepanjang 143 km, jalan ini merangkumi Royal National Park, Jamberoo Action Park, kafe tepian pantai, kebun anggur, pantai, rumah bersejarah, the Illawara Brewery, Kiama Blowhole, Buddhist Nan Tien Temple dan beberapa padang golf.
Antara tarikan utama termasuk Sea Cliff Bridge, satu keajaiban kejuruteraan sepanjang 665 meter yang mengunjur ke atas laut.
Tarikan lain termasuk Minnamurra Rainforest, Illawarra Fly Tree Top Walk dan kawasan lindungan akuatik di Shellharbour’s Bass Point. Juga terdapat pekan Berry di Cambewarra Range dengan pasar bulanan dan himpunan kafe serta restoran yang termasuk Berry Sourdough Café.

3114596-wingecarribee-dam-near-bowral-new-south-wales-australia

Sydney – Melbourne Coastal Drive
Grand Pacific Drive adalah pemula Sydney-Melbourne Coastal Drive, sepanjang 1,000 km yang penuh dengan tarikan menarik. Ini satu laluan yang memberi inspirasi melalui pekan yang nostalgik serta penempatan nelayan melalui hutan, lembah hijau dan persisiran teluk yang menjadi tempat ikan paus berhijrah. Antara tarikan lain termasuk pantai dan persisiran Teluk Jervis, koloni anjing laut di Montague Island di Narooma, beberapa padang golf tepian pantai, restoran Rick Stein di Mollymook dan tiram batu Sydney yang segar.

The Greater Blue Mountains Drive
The Greater Blue Mountains Drive adalah satu pengembaraan yang menawarkan kepelbagaian dalam kawasan Warisan Dunia yang amat cantik. Bermula di barat Sydney, jalan ini merangkumi satu betuk nombor ‘8’ dengan 18 Discovery Trails yang bercambah dari denai utama, melalui gunung-ganang, laluan belukar (bushwalks), bandar dan pekan lama Australia, muzium, tempat memproses wain, hidupan liar dan alam semula jadi.

Ambil masa untuk menerokai NSW
Bercuti atau melancong ke NSW akan menggamit perhatian dengan kepelbagaian tarikan yang ada.
Jika salah satu topik atau aktiviti menjadi tumpuan utama perjalanan, ada pemandu pelancing yang menyediakan segala kemudahan.
Sama ada perjalanan di Hunter Valley atau mendaki Blue Mountains, satu safari pacuan empat roda dengan pemandu yang faham pelbagai bahasa  atau perjalanan memerhatikan ikan paus, ada pelbagai pemandu pelancong yang pakar dengan kenderaan berkualiti tinggi, termasuk helikopter.
Mereka yang lebih suka memandu sendiri, semua pengendali kereta sewa menyediakan pelbagai pusat menyewa dan pemulangan di semua lapangan terbang dan bandar utama.
Kereta api CountryLink XPT dan Xplorer menyediakan perjalanan yang selamat dan selesa, lengkap dengan pendingin hawa sambil menikmati panorama landskap Australia yang terpampang dari luar tingkap.
Juga terdapat ‘motorhomes’, karavan, basikal dan banyak lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge