Selami Sejarah Cape Coast - Faizal Fredley

Selami Sejarah Cape Coast

CAPE COAST atau dikenali Cabo Carso merupakan sebuah bandar di Ghana dan mula diteroka oleh Portugis pada kurun ke-15. Pada masa tersebut, pembangunan atau sejarah bandar berkenaan tidak dapat dipisahkan dengan Istana Cape Coast yang kini merupakan Tapak Warisan Dunia.

Ia dibangunkan oleh Belanda pada tahun 1650 sebelum pedagang Sweden membesarkan istana itu, dua tahun kemudian. Pedagang-pedagang Sweden menjadikan bangunan tersebut sebagai pusat perniagaan kayu dan emas.

Kilang papan pertama dibina di kawasan tersebut ialah pada tahun 1653 oleh Syarikat Swedish Africa. Bagaimanapun, 10 tahun kemudian, orang Denmark mengambil alih keseluruhan kawasan tersebut dan menumpukan dengan perdagangan emas.

Perusahaan itu cuma bertahan setahun sahaja apabila British menjajah negara berkenaan pada tahun 1664, sekali gus menukar landskap istana berkenaan. British turut menaik taraf bangunan istana secara besar-besaran.

Pada tahun 1844, istana berkenaan menjadi kediaman kolonial British yang menguruskan pentadbiran bandar tersebut.

Perdagangan hamba

NILAI sejarah yang tersimpan menyebabkan istana ini tidak pernah sunyi dengan kehadiran pelancong.

Sepanjang zaman penjajahan, perdagangan hamba menjadi salah satu komoditi yang menguntungkan di negara berkenaan.

Istana Cape Coast juga pernah menyaksikan beratus-ratus hamba ditempatkan dalam bilik dalam keadaan bersesak-sesak sebelum dipindahkan ke bot-bot milik orang Barat.

Kebanyakan orang menyifatkan Cape Coast sebagai ‘pintu tanpa kepulangan’ kerana ia merupakan lokasi terakhir perhentian kapal-kapal dagang sebelum mereka memasuki Lautan Atlantik.

Bandar Cape Town menjadi tumpuan pedagang Eropah kerana pada masa tersebut banyak emas ditemui di Ghana. Penduduk tempatan menjadikan emas, mahogani dan orang mereka sendiri sebagai produk perniagaan.

Komoditi berkenaan ditukarkan dengan pakaian, selimut, rempah ratus, gula, sutera dan lain-lain. Istana tersebut menjadi pasar bagi urusan jual beli.

Begitulah sejarah panjang istana berkenaan yang menjadi rebutan banyak negara, namun Ghana akhirnya mencapai kemerdekaan pada 1957.

Kesan kesengsaraan

SEGALA kisah suka dan duka penjajahan Barat terus tersimpan rapi di Istana Cape Coast sehingga kini.

Pengurusan Istana Cape Coast diserahkan kepada pihak Lembaga Muzium dan Monumen Ghana.

Ia kini dibuka kepada orang ramai yang berminat melihat sejarah Istana Cape Coast termasuk melihat kesan-kesan kesengsaraan penduduk tempatan yang terlibat dengan perhambaan.

Pesisir pantai di hadapan istana berkenaan yang sebelum ini menjadi lokasi ‘pemunggahan’ hamba telah dibina bangunan baharu bagi tujuan tarikan pelancongan.

Pengunjung juga dapat melihat meriam-meriam dan mortar diletakkan atas lapisan konkrit yang menghadap lautan di bahagian menara bangunan tiga tingkat itu.

Di halaman istana yang dipanggil Cape Coast Dungeon itu terdapat empat kubur berwarna putih iaitu kubur paderi Anglikan berkulit hitam pertama di Ghana, Phillip Quarcoo; kubur askar British, C.B. Whitehead dan kubur pegawai pentadbir British di istana berkenaan, George McLean, serta isterinya, Letitia Elizabeth London.

– NASRI JAMALUDIN

Aku ni Graduant Engineering dari Tingkatan 4 sampai lah Diploma, Degree dan Master. PhD je belum tentu nak sambung ke tak. Jadi, jangan aspect ayat aku macam budak Masscom yang study benda2 macam ni....lagipun ni blog personal tak ada kaitan dengan sesiapa....

3 Comments

  1. nurmisnan

    January 6, 2013 at 4:42 PM

    Brother kalau nak ke afrika.. should go to Zanzibar Island.
    Banyak tempat2 sejarah Islam ada disana..
    nurmisnan recently posted..Khasiat Teh halia melegakan stressMy Profile

  2. ummi syafiq

    December 13, 2012 at 2:09 PM

    salam…lamanya sis tak lawat ff kat sini. lawa kan kat sana.klu dpt g kan best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge