Superstorm Sandy Musnahkah Kota New York 2012

Superstorm Sandy Musnahkah Kota New York 2012

NEW YORK: Kesengsaraan yang dibawa Taufan Sandy terus menimpa jutaan penduduk di timur Amerika Syarikat apabila bekalan tenaga terputus menyebabkan sistem pengangkutan dan pergerakan orang ramai lumpuh untuk beberapa hari lagi.

Angka korban kini meningkat kepada 39 orang, dengan kebanyakan mangsa terbunuh disebabkan dihempap pokok tumbang.

Taufan itu membadai New Jersey petang semalam waktu tempatan menyebabkan bekalan elektrik kepada lebih 8.2 juta penduduk terpaksa dihentikan.

Bandaraya New York adalah antara yang paling teruk terjejas apabila kota kewangan terbesar dunia itu ditutup untuk hari kedua, hari ini.

Ribut dan hujan lebat itu membawa kerosakan kepada sisten pengangkutan bawah tanah di New York yang berusia 108 tahun itu.

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg, berkata ia mungkin mengambil masa empat atau lima hari lagi kepada sistem transit terbesar Amerika itu untuk pulih.

“Ia adalah ribut pemusnah paling dahsyat, mungkin paling terburuk yang pernah saya lalui,” katanya.
Kerosakan yang sebenar di New Jersey kini sedang dikenal pasti sebaik pagi menjelang hari ini dengan pasukan kecemasan berlegar-legar untuk mencari dan menyelamatkan ratusan mangsa.

Setakat ini lebih 15,000 penerbangan dengan tiga lapangan terbang utama di New York masih ditutup.

Beberapa jambatan ke bandar raya itu dibuka semula namun kebanyakan terowong utama masih ditutup, termasuk sekolah. – AFP

“Every travel is a journey and every journey is a travel. No matter where you go, what you’re up to is a journey. Enjoy life, live with it and make peace of it. Our journey in life will end but not with our soul. Go beyond the journey and discover what life has to offer.”~Eacel Janubas~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge