Google Inc. Kemas Kini Blog Melalui Telefon Pintar

Google Inc. Kemas Kini Blog Melalui Telefon Pintar

masa online tadi aku cukup tertarik dengan satu artikel dari utusan mengenai blog ni…memang simple dan senang……

BAGI seorang blogger, idea sememangnya sangat penting untuk mendapatkan bahan yang menarik untuk ditulis dalam blog.

Jangan benarkan idea yang menarik itu terlepas begitu sahaja tanpa dikongsi bersama pembaca dan pengikut setia di blog kamu.

Aplikasi yang ditampilkan oleh .com minggu ini mungkin dapat membantu kamu dalam menyelesaikan masalah itu agar kamu dapat mengemas kini blog di mana sahaja.

Cukup dengan hanya menggunakan telefon, kamu boleh mengemas kini blog melalui perisian Blogger oleh Google Inc. yang terdapat di dalam telefon pintar Android dan juga iPhone.

Caranya sangat mudah, setelah memuat turun aplikasi melalui Play Store (Android) atau App Store (iPhone) kamu kini boleh mengemas kini blog di mana sahaja kamu berada.

Paparannya sangat ringkas dan mudah digunakan ditambah pula jika kamu mempunyai banyak blog dalam satu akaun kamu boleh memilih untuk mengemas kini blog yang kamu suka.

Jika kamu belum lagi mahu menyiarkan entri tersebut, kamu boleh menyimpan idea yang sudah kamu tulis dalam draf.

Jadi apa tunggu lagi blogger di luar sana, bolehlah mencuba aplikasi ini bagi memastikan semua idea dan catatan blog kamu sentiasa dikemas kini walaupun ketika dalam perjalanan jauh.

© Utusan Melayu (M) Bhd

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

Student Engineering dari dari azali lagi. Semua ayat dan perkataan main hentam je.

1 Comment

  1. iAwani

    November 3, 2012 at 4:52 PM

    wow! saya juga pakai app ni. Best. boleh save entri sebagai draft. Bila dah jumpa Wifi, tinggal publish saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge