Oke, so seperti yang aku janjikan dalam post yang lepas aku akan tulis sedikit sebanyak review untuk Macbook Air aku ni. Kita start dengan hardware dululah oke? Benda ni nipis gila babi, serious doh. Dekat bahagian belakang dia just setebal 1.7 cm and design dia memuncung ke depan macam pedang senipis 0.3 cm. Lebar (dari kiri ke kanan keyboard) laptop ni just 29.95 cm dan panjang dia (dari atas keyboard ke bawah trackpad) just 19.2 cm and berat dia pun confirm-confirmlah ringan which is just 1.06 kg yang barely tak rasa berat pun kalau korang angkat.
Total ada 2 USB port satu dekat kiri and satu dekat kanan, cukup-cukup je untuk pengguna macam aku. Yang lain tinggal built-in mic and webcam (or lebih dikenali as iSight camera untuk most Macintosh, tapi Facetime camera untuk MacBook Air ni), power supply port, audio out (3.5 mm jack) dan Apple Mini Display port. untuk macbook air aku ni guna dilengkalpi oleh backlit keyboard, so nak menaip dalam gelap tu no hal lah. Oh by the way, ada satu lagi cool factor yang semua Apple laptop ada which is power supply dia (lebih dikenali sebagai MagSafe). Apa yang menariknya is that power supply dia ni guna magnet untuk cucuk dekat lobang tu. Motif? Supaya kalau orang sengaja sentap cable kau laptop kau takkan terbang lagi-lagi MacBook Air ni yang memang bukan untuk terbang walaupun nama dia Air.
Beralih kepada software pulak, semua produk Apple termasuklah MacBook Air aku ni dah preinstalled dengan Mac OS X (ten, bukan “eks”) 10.6.5 dan iLife ’11. Tapi since ada update Mac OS X 10.6.6 so korang kenalah update once bawak keluar benda ni dari kotak. iLife ’11 ni sebenarnya bundle package bagi yang tak tahu. What’s included are iPhoto, iMovie, iTunes dan iDontKnowApaLagiTah. Aku sekarang ni baru nak belajar sikit tentang nak install window 7 dalam mac aku ni maklumlah nak guna buat kerja susah sikit kalau pakai mac kan…
Bagi orang yang gila babi minat Mac macam aku tapi hajat terhalang sebab takut tak ada certain specific software untuk Mac, solution ada which is Boot Camp or virtual OS macam Parallel Desktop ni untuk korang run Windows and install software korang tu dalam ni. Windows boleh tahan jauh lagi responsive and laju dalam Mac aku ni compared to laptop aku dulu, maybe sebab spec kot. Selain tu aku ada jugak install Photoshop CS5 untuk layan hobi aku, Microsoft Office 2011 for Mac untuk assesment aku and Plants vs. Zombies dengan Angry Birds untuk hilangkan bosan aku.
Kalau korang nak tahu seharian semalaman aku mengadap benda ni and belajar tips and tricks yang aku search via Google. Menarik gila and jauh lagi best dari Windows, dan jugak pelik and confusing sikit. Tapi tak apalah, lama-lama nanti mesti aku biasa jugak macam mula-mula pakai laptop Windows dulu jugaklah.
Tips dari aku untuk Mac-user-to-be yang aku dapat dari research yang aku buat sebelum angkat Mac ni, kalau beli apa-apa produk sekalipun yang ada bateri make sure korang charge 2 jam sebelum on untuk first time untuk calibrate bateri dia so life cycle dia lama sikit and jangan biarkan power supply tercucuk je even bateri dah full. Benda ni memang boleh replace bateri tapi bukan user-replaceable. So korang akan terpaksa consider untuk jaga elok-elok selama yang boleh sebab kos nak replace bateri ni memang tak sedap telinga mendengar. Lepas tu kalau boleh masa awal-awal ni kalau berduit terus angkat case or transparent skin protector ke skin bergambar (aku tak rasa orang nak tutup lambang Apple ni dengan apa-apa skin bergambar haha) ke apa untuk protect benda ni dari calar.
http://www.faizalfredley.com/




{ 12 comments… read them below or add one }
as salam, boleh tolong sy macamana nak guna application office,pp,exal susah sikitlah sebab nak buat kerja susah sikit. sy dah beli skg ni tgh sibuk nak download office apply tapi tak dapat.tksih atas bantuan saudara
saya baru je join as Mac user…pening jugak…banyak benda yang saya kena research lagi…
Belajar Photoshop Dalam Hanya 2 Jam.
Wah. Hebat. Mahal ne kali harganya. He2
dah lama berkenan ngan macbook, tapi ;ambat lagi boleh angkat satu kot

kodinz recently posted..Google Adsense PIN – Akhirnya Terima Surat Dari Google
Macam nak beli je ni.Berbaloi tak?
Scarlett O’Hara recently posted..Header pilihan malam ini…
x mampu nak angkat..mampu guna jer..mmg best tp bila tang nak buat kerja mula menggelabah. time tu la nak carik balik windows..hehehe
ecah shafiee recently posted..Pusat Sains Negara
serius.dgr je pasal macbook ni, rasa mcm jeles tgk org pakai.bila pegi kedai survey harga,rasa mcm takde harapan nk ada dalam masa terdekat. Tapi dalam masa panjang,insyaallah akan dapat.
#kitaorg baru balik dari event Bro Framestone
Mujahid recently posted..Pelancaran Kawasaki GT World Dan Pusat Givi Di SC Premium Bikes
berminat untuk memilikinya suatu hari nanti..best giler
lin azlina recently posted..PEMENANG CABUTAN BERTUAH BIRTHDAY SAYA
pergh nampak macam best jer nih..
Azman recently posted..Renungan Jumaat
ja.. nak pinjam leh ke? haha.. satu hari cukup ar.. hehe
ayie recently posted..Masih Single ke??
Memang best kalau dapat angkat macbook ni tak kira la pro ke air… bila la dapat sambar satu.