Assalamualaikum….
Jam 2.00 pagi 25 September 2012.
Aku masih lagi bersengkang mata setelah separuh petang aku bantai tidur tadi sekrang masa untuk berjaga. kali ini aku rasa tenang tanpa ganguan facebook atau sebarang sms. sengaja aku deactivated Facebook dan off kedua dua number maxis dan celcom. actually bukan off cuma buat masa sekarang aku guna private number di mana family dan teman terdekat sahaja yang tahu.
ada ketika aku rasa sunyi tanpa fb dan rasa macam berada dalam gua ye lah segala informasi ada dalam fb contoh mengenai aktiviti di universiti mahupun perubahan jadual kuliah. namun ia bukan bererti aku mahu lupakan dunia fb aku tapi mungkin buat seketika sehingga aku diberi petunjuk untuk penyelesain terbaik kpd masalah yg aku alami.
sepi….
namun….
aku tenang….
buat masa ini aku biarkan sahaja masa yang menentukan….dan biarlah pengembaraan aku di dunia yg fana ini berhenti seketika namun aku akan terus kan jua pengembaraan aku untuk mencara keredhaan ilahi….
semua manusia dilahirkan dengan sifat baru dan tidak sempurna….begitu lah aku sbg manusia biasa sering melakukan kekhilafan sama ada sengaja mahupun tidak sengaja….
diam ku bukan bererti aku mengaku kalah atau tewas atau menunjukkan aku lemah, tapi diam ku adalah kerana aku ingin mengumpul kekuatan diri dan biarkan Allah tentukan apa yg terbaik untuk aku..sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambanya….
Hidup ini adalah satu kembara…..
….Kembara mencari sinar cahaya,
petunjuk dari yang Maha Esa….



{ 0 comments… add one now }