Gambar Pasangan Mengamuk Di JPM Putrajaya

Hari ni memang kecoh tentang berita pasangan atau orang mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya. Antara punca sebenar kejadian kerana pasangan ini hendak menjatuhkan kerajaan. Untuk makluman anda, kejadian berlaku pada sekitar jam 2.30 petang tadi pada 9 Julai 2012. Lelaki dan wanita tersebut dipercayai cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai. kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Pasangan Mengamuk Di JPM Putrajaya

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan. Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali

Sumber:  melvister.com

{ 1 comment… read it below or add one }

titan July 9, 2012 at 11:21 PM

hem..mengamuk plak kat putrajaya..
titan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati – Part 7My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge