Kepada semua penjawat awam, anda kini sudah boleh mendapatkan slip penyata gaji secara online melalui sistem e-penyata gaji yang disediakan oleh jabatan akauntan negara Malaysia (JANM).

Cara-cara mendapatkan penyata gaji OnlineCara untuk mendaftar, pengguna dikehendaki melayari laman web ANM (http://www.anm.gov.my). Seterusnya klik pada e-Penyata Gaji dan Laporan. Sila layari pautan dibawah untuk ke penyata gaji online:

Seterusnya, klik pada “Pertama Kali Mendaftar” dan penuhkan ruangan kosong dengan butiran² yang diperlukan. Bila dah kesemuanya dah lengkap, Klik OK untuk pengesahan. Setelah berjaya, anda bolehlah mengakses sistem e-Penyata Gaji untuk mendapatkan penyata gaji bulanan dan pendapatan tahunan.

Untuk makluman, penyata gaji boleh diperolehi menerusi website ANM ini sehari sebelum pembayaran gaji bagi dibuat pada setiap bulan. Untuk keterangan lanjut mengenai sistem ini, sila muat turun Surat Perkeliling Bil 3/2010.
Sumber: melvister.com


{ 1 comment… read it below or add one }
wah, entri yg bgos boleh la gitau mak luq…
Luqman Hakim recently posted..Haruskah Ada Rindu TV2 | Download Haruskah Ada Rindu