Home LIFESTYLE Aku Nak Menang Macbook Air Dari Denaihati

Aku Nak Menang Macbook Air Dari Denaihati

849
8

Kalau kail panjang serawan,
Lautan dalam memang tak terduga,
MACBOOK AIR Memang Menawan,
Kalau dapat confirm tak tidur Malam.

Kalau takut dilambung ombak,
Takkan berumah ditepi pantai,
Kalau tiada usaha yang berterusan,
Jangan la harap nak menang contest DENAIHATI..

2,3 kucing berlari,
Berlari-lari dilaman rumah,
DENAIHATI. COM hidup untuk memberi ,
Kalau dah rezeki MACBOOK AIR jadi gadget impian .

Assalamualaikum…..contest dari denaihati memang selalu dinanti dan alhamdulillah kali ini dengan hasil usaha dan sokongan dari teman-teman blogger yang lain akhirnya aku berjaya untuk ke peringkat seterusnya dalam usaha untuk memenangi gadjet impian dari pihak denaihati…

setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan kepada team denaihati yang sering menganjurkan contest yang gempak selain ilmu dunia blogging yang berterusan searus dengan perjalanan dunia yang semakin menggila ini.

tahun lepas team denaihati.com muncul menganjurkan contest akhir tahun yang terbesar dengan sokongan berberapa pihak seperti Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn BhdKedai Kak Siti, Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak telah berjaya menggemparkan dunia blogger dan berjaya menarik sehingga ratusan blogger untuk turut serta dalam contest yang dilancarkan pada penghujung tahun 2011 tersebut.

sebagai tugasan akhir untuk memenangi Macbook Air yang super awesome ini aku dengan ini bersusah payah walaupun dalam kesibukan final exam yang memang menyentak separuh kawalan akal fikiran berjaya menghasilkan satu entry kenapa aku layak dapat gadget impian dan menjadi pemenang contest ini.

laptop lama aku…..

aku sekarang menggunakan acer aspire 4315 yang telah dibeli secara ansuran 5 tahun lepas dan bayaran terakhir telah aku habiskan 3 tahun lepas…see? lamakan untuk aku ambil masa bagi nak langsaikan hutang  laptop dulu biasalah student kan…manalah ada duit nak beli cash. lagi satu laptop yang aku guna untuk taip entry yang korang sedang baca ni pun dah berusia hampir 5 tahun, so faham-faham la…heheh

sekarang gadget yang muncul dipasaran jauh lebih canggih dari laptop aku..kadang-kadang aku nak on9 dekat mamak pun segan nak kuarkan laptop aku ni yelah kaler yang hitam pun dah jadi kelabu, keyboard tak yah citer ar dah beribu cap jari ada.

untuk konet wifi pulak memang susah….kadang-kadang boleh konet kadang kadang hampeh….yg ni bukan di sebabkan wifi yer…ni disebabkan laptop aku yg byk berjasa siap kan asimen aku sepanjang aku bergelar mahasiswa.

bateri? hahahah..wak aku gelak jer….laptop aku ni mana leh pakai bateri kot….

masalah berat tu belum di cerita lagi…aku rasa macam bawak beras satu guni bila bawak laptop ke kelas atau library adoii….lama-lama aku pun dah jadfi tuff dah x yah sibuk2 gi gym…tambahan lak aku gi kelas dan library naik bas lagi la menyusah kan..nak kutinggalkan tak mampu sebab ada guna nya..hmm..saba je lah….

lagi satu aku ni merupakan student computer network engineering, so sudah semestinya lah perlu menggunakan sofware2 yang berat jadi korang bayangkan lah dengan Intel celeron processor 560 (2.13 GHz, 533 MHz FSB, 1 MB L2 Cache), 512MIB DDR2 beserta 120 GB HDD Macam mana aku nak gunakan sofware yang perlu untuk course aku ni?? hmmm sekadar nak guna mic word untuk taip asimen boleh lah….tu pun kadang-kadang heng…

so kalau aku menang contest denaihati ni boleh lah aku dengan tanpa sengan silu nak on9 kat mamat or library untuk update blog atau layan tip blogging dari denaihati.com yedak….lagipun nak guna untuk buat kerja pun senang..nak angkut kat mane-mane pom boley…

Ciri-ciri Macbook Air yang membuatkan aku Begitu tertarik

Macbook air memang kedengaran agak mewah, dan hanya segelintir sahaja orang yang memlilikinya maybe bagi orang seperti aku agak keterlaluan jika aku menggunakan nya. namun hidup hanya sekali dan peluang untuk aku dapatkan macbook ini bukan selalu datang. kali ini biarlah aku cuba, untuk sabut timbul untung batu tenggelam untung aku? tiada siapa yg tahu. Hidup mesti berani gagal kerana kadang-kadang gagal ini memberi kita kematangan yang sudah semetinya tiada dijual di mana-mana kedai didunia ini.

—————————————————-

Nipis- Macbook Air, notebook ternipis di dunia, Notebook senipis 0.76inci atau 1.94cm ini mempunyai berat seringan 3 pound atau 1.36 kg.

Processor and memory

Intel Core 2 Duo processor with 4MB on-chip shared L2 cache running at full processor speed

  • 800MHz frontside bus
  • 2GB of 667MHz DDR2 SDRAM onboard

Storage

  • 80GB 4200-rpm Parallel ATA hard disk drive2
  • Optional 64GB solid-state drive2
  • Optional external USB MacBook Air SuperDrive

Display

13.3-inch (diagonal) glossy widescreen TFT LED backlit display with support for millions of colors

Supported resolutions: 1280 by 800 (native), 1152 by 720, 1024 by 768, 800 by 600, 800 by 500, 720 by 480, and 640 by 480 pixels at 16:10 aspect ratio; 1024 by 768, 800 by 600, and 640 by 480 pixels at 4:3 aspect ratio; 720 by 480 pixels at 3:2 aspect ratio

——PERGHHHHHHH…..JAUH GILER NAK DIBANDING KAN DENGAN LAPTOP AKU SEDIA ADA NI——

Benda ni memang nipis walaupun banyak benda nak kena beli sebagai tambahan untuk make sure aku boleh guna Macbook Air ni dengan lebih sempurna… tapi aku tak kisah dengan keringanan dan kenipisan tu, memang telah memikat hati ini…

sekian..itu sahaja dari aku untuk contets ini..maybe peluang aku nak menang cukup tipis sebab aku tau aku tiada kretiviti untuk menghasil kan video muzik atau edit gambar untuk menampak kesungguhan aku untuk menghasilkan entry yang bermutu seperti peserta lain, namun aku percaya jika dah rezeki memang tak kemana dan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL menjadi pencetus semangat kenapa aku menyertai contest ini.

Sebelum bersurai kita layan lirik Lelaki Seperti AKU yang telah di ubah lirik Sesuai dengan gadget ini….

Memang tak ada Notebook seperti kamu
Tapi yang lebih hebat banyak
Memang tak ada Notebook secanggih kamu
Tapi yang lebih canggih banyak

Maka tak perlu ku susah hati
Ada yang baik nak bagi ku free
Untuk ku jadikan Notebook peribadi

Memang tak ada Notebook senipis kamu
Tapi yang lebih nipis banyak
Memang tak ada Notebook seringan kamu
Tapi yang lebih ringan banyak

Maka tak perlu ku keluarkan simpanan
Untuk beli Macbook Air Idaman hati
Kerana ada yang murah hati

Oo Denaihati tolonglah beriku Macbook Air
Nak ku beli tak mampu
Ku harap pada kamu
Ku yakin pasti dapat
Kalau itu rezeki

Oo denaihati.com tolonglah beriku Macbook Air
Ku tahu kamu baik
Ku tahu kamu kacak
Ku belum rasa lagi
Canggihnya Macbook Air

Ceritanya aku ingin guna Macbook Air
Makanya dari itu haraplah ku menang
Kerna aku memang sangat nak menang!!

lirik edited by Cikgu Naman

“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti, Jaws.my dan Serverfreak

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

8 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge