TRAGIS: Kanak-Kanak 18 Bulan Maut Digilis Kereta Bapa Sendiri

0 comments

in Uncategorized

KUANTAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan maut digilis kereta yang sedang diundur bapanya di rumah mereka di Kampung Dusun, Kuala Lipis petang Selasa.

Nurfazliyana Jais maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dalam kejadian kira-kira 6.05 petang itu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata mangsa sebelum itu dikatakan sedang menikmati bubur bersama adik-beradiknya yang lain, manakala bapanya yang berumur 45 tahun berada di luar rumah untuk menghidupkan enjin kereta sebelum ke kebun.

“Apabila kereta sedang diundurkan, tiba-tiba kanak-kanak itu meluru keluar dari rumah dan pergi ke belakang kereta tanpa disedari bapanya.

“Mangsa dipercayai dilanggar dengan kepalanya terlenyek,” kata Abdul Razak ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kejadian itu disedari ibu mangsa yang berusia 39 tahun yang terdengar bunyi kuat seakan-akan ada benda terhantuk.

Jenazah dihantar ke Hospital Lipis sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan. – BERNAMA

Foto : Berita Harian

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: