Apple Lancar iPhone 5 April 2012

Apple Lancar iPhone 5 April 2012

wow…iphone 4S pun belum aku miliki apple dah nak keluarkan iphone 5…cepat giler kan mesti nak bersaing dengan samsung, tapi kau ada iphone 4 pun dah bersyukur..heheh…

Pembuat telefon bimbit terbesar dunia, Apple mungkin akan mengeluarkan iPhone 5 pada musim panas tahun ini (April), menurut laporan yang disiarkan di sebuah laman web.

Memetik sumber di Foxconn, yang mengeluarkan iPhone untuk Apple, laman web (9to5mac.com) berkata: “Kami menerima berita dari sumber yang boleh dipercayai di Foxconn di China yakni iPhone 5, seperti yang ia dipanggil pada masa ini, kini sedia untuk pengeluaran. Sumber tersebut menyatakan yang pelbagai alat sampel juga berada di pasaran (ia berbeza sedikit antara satu sama lain), maka mustahil untuk mengetahui yang mana satu adalah muktamad,”.

Menurut laporan itu, Apple iPhone 5 mungkin mempunyai skrin paparan 4 inci dan akan mempunyai bentuk faktor lain (reka bentuk) daripada model sebelumnya (iPhone 4S, 3GS dan lain-lain). Gadget akan datang itu adalah lebih panjang dan lebar, laporan itu menambah.

Walaupun dengan peningkatan Android, Apple tetap berjaya berkembang. Malah, menurut satu kajian, Apple telah berjaya mengembangkan penguasaan pasaran dengan ketara pada tahun lepas untuk menjadi pembuat telefon bimbit terbesar dunia. Pengeluaran iPhone 5 dijangka akan memberikan peningkatan selanjutnya pada penjualan syarikat berkenaan.

Apple iPhone 4S telah dilancarkan di India pada November 2011, sebulan selepas dikeluarkan di Amerika Syarikat. Jadi, jika syarikat itu mengeluarkan iPhone 5 pada bulan April, kita boleh menjangka ia mungkin akan ke India pada bulan Jun.

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

Student Engineering dari dari azali lagi. Semua ayat dan perkataan main hentam je.

2 Comments

  1. mynameismy

    February 8, 2012 at 11:08 AM

    iphone yg pertama pun tak pernah merasa..-.-‘
    mynameismy recently posted..Working Mood Searching…My Profile

  2. NiSja

    January 31, 2012 at 3:59 PM

    baru jer Iphone 3Gs Nisha hantar bengkel.. rosak.. dan baru terfikir fikir nak angkat iPhone 4s.. dah kuar laters lagi.. uisshhh
    NiSja recently posted..setelah 12 berlalu…My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge