Home LIFESTYLE Aku Benci Blogger SEO

Aku Benci Blogger SEO

1785
24

SEO….Search engine optimization. memang kebanyakkan blogger sudah ramai mula bermain dengan seni SEO namun hanya segelintir sahaja yang boleh berjaya dalam permainan SEO ni. memang tak dinafikan trafik yang hasil dari SEO cukup-cukup membanggakan dah kebanyakkan trafik yang datang amat bermutu. namun bermain dengan SEO tidak semudah yang di jangkakan.

bagi aku bermain SEO ni memang best, ranking alexa dan page rank pun dengan mudah berkembang. tapi bila terlalu ramai blogger yang bermain SEO hanya untuk mendapatkan trafik ini memang amat menyakitkan especially bila isi entry tidak sama dengan tajuk yang di berikan. maybe blogger seperti ni hanya mahukan income yang banyak tanpa memikirkan kandungan isi dalam sesebuah entry mereka.

blogger SEO gila trafik mungkin nama ini amat sesuai di gelarkan buat blogger macam ni. diorang langsung tidak mempedulikan perasaan reader yang mencari sesuatu matlumat. apa yg mereka tahu hanya trafik, trafik dan trafik. bila trafik menggunung income pun akan mengunung namun pernah kah diorang terpikir hasil income yang diorang dapat itu melalui jalan yang betol? adakah halal atau tidak? fikir-fikirkan lah sendiri…

aku pernah menjadi seorang blogger seo dan aku tahu apa yg blogger seo fokus kan dan hampir 90% trafik ke blogger aku ni datang nya dari SEO tapi blogger haruslah ingat isi kandungan dalam sesebuah entry itu pun penting bagi mengelakkan anda di maki hamun oleh reader yang kecewa dengan entry anda.

al kisah nya baru baru ini aku ada google mengenai SEMAKAN ONLINE BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) dan hasil cariaan google memang banyak namun tiada satu pun yang memaparkan mengenai semakan online BR1M ni. walhal untuk semakan BR1M ni memang tidak wujud pun untuk semakan online tapi blogger yang gila trafik memang byk membuat entry mengenai semakan ni. dan ini amat mengewakan kan aku dan aku percaya reader kat luar sana pun amat kecewa dengan sikap blogger yg macam ni. dan blogger SEO ni kebanyakkan aku kenal.

so bila dah terkena batang hidung sendiri menang agak panas la juga kan sebab tu lah entry ini diwujudkan. sebelum ni ada aku kisah mengenai blogger seo? lantaklah tu cara diornag cari makan. tapi nasihat aku buat lah entry bermutu untuk bermain SEO kesian kat reader diluar sana. kalau kena kat blogger tak per lah diorang maybe faham tapi bila dah kena dekat org yg bukan blogger sudah tentulah maki hamun yang tuan punya blog tu dapat kan so kita sama-sama blogger jagalah nama baik blogger ni x yah lah menjatuhkan nama blogger di mata orang ramai.

tapi aku percaya tak semua blogger seo di arena blogging ni giler kan trafik semata-mata dan contoh yang aku nak ambil adalah blog MELVISTER. blog ni aku rasa satu blog yg bagus dan hasil entry dia pun tak banyak yg menipu reader dan blog2 seo lain pun banyak yang ok tapi bila ada yang buat hal semua blog jenis macam tu pun akan terpalit sama.

so kepada blogger-blogger SEO berhati-hatilah menghasilkan sesuatu entry berinfomasi, copy paste tu ok but pastikan matlumat dalam tu betol dan tidak mengecewakan reader anda.

PS: TAK SEMUA BLOGGER SEO AKU TAK SUKA YER….

24 COMMENTS

  1. Byk udang banyak garam,banyak blogger banyak ragam der! 🙂

    Nak tak nak kena terima ada blogger yg macam ni.Mungkin dia nak try2 main SEO,test market kata orang,kalau tak test tak tahu pulak rasanya bagaimana kan 🙂
    Azman recently posted..AJL dan BloggerMy Profile

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge