Home LIFESTYLE Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

1882
15

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) . Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia atau Bantuan Kewangan RM500 mula dibuka. Meskipun dalam entri Daftar eKasih dan Bantuan Kewangan RM500 saya telah nyatakan yang saya bukan individu yang terlibat secara langsung menguruskan bantuan berkenaan, tetapi pembaca yang mencari maklumat tetap bertanya hal-hal yang berkaitan dengan bantuan ini. Mungkin juga disebabkan maklumat yang saya nyatakan kurang jelas atau pembaca terlepas pandang penjelasan sebelumnya. Jadi sekali lagi saya kongsikan mekanisme penting, termasuk syarat kelayakan pemohon, definisi ketua isi rumah dan lokasi kaunter bantuan ini. Moga maklumat ini dapat membantu pembaca.

Syarat Permohonan

Seorang pemohonan yang ingin mendapatkan bantuan ini mestilah:

  • Warganegara Malaysia
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah.
  • Berkahwin
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
  • Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah sebulan.

Untuk tujuan pendaftaran, pemohon mesti menyertakan salinan dokumen seperti berikut:

  • Borang Pendaftaran BR1M
  • Salinan MyKad/Kad Polis/Kad Tentera
  • Salinan Penyata Gaji terkini (Bagi pemohon yang menerima gaji sahaja)

Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah

Bantuan Kewangan RM500 ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga yang layak. Ketua Isi Rumah dan Ketua Keluarga dijelaskan dalam gambar di bawah. Penerima bantuan e-Kasih juga layak untuk memohon (Bagi yang belum mendaftar Bantuan e-Kasih, sila rujuk entri Portal e-Kasih untuk mendapatkan maklumat lanjut).

Senarai Lokasi Kaunter Cawangan untuk BR1M

Berikut adalah senarai lokasi yang menyediakan kaunter perkhidmatan bagi pengedaran dan pengumpulan borang permohonan. Tarikh dan masa kaunter dibuka yang ditetapkan ialah pada 10 Disember 2011 – 15 Disember 2012 dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang. (Tarikh dan masa mungkin berbeza bagi sesetengah tempat, sila rujuk laman/portal www.treasury.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut)

BIL
CAWANGAN
1.
  Ibu Pejabat
2.
  Johor: Johor Bahru, Muar, Kluang
3.
  Kedah: Sg. Petani, Alor Setar
4.
  Kelantan
5.
  Melaka
6.
  Negeri Sembilan
7.
  Pahang: Kuantan, Temerloh, Raub
8.
  Perak: Ipoh, Taiping, Teluk Intan,
9.
  Perlis
10.
  Pulau Pinang: Pulau Pinang, Bukit Mertajam
11.
  Sabah: Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Keningau
12.
  Sarawak: Kuching, Sibu, Miri, Bintulu
13.
  Selangor: Shah Alam, Petaling Jaya, Klang
14.
  Terengganu
15.
  WP Labuan
16.
  WP Kuala Lumpur: Kl Bandar, Wangsa Maju, Cheras, Jalan Duta

Borang Permohonan

Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1malaysia boleh diperoleh secara terus di kaunter perkhidmatan mana-mana lokasi terdekat. Borang yang lengkap diisi berserta salinan dokumen yang diperlukan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM mengikut senarai di atas. Borang juga boleh dimuat-turun secara online di laman www.treasury.gov.my atau rujuk blog Yanmieonline.com.

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
Emel : belanjawan2012@treasury.gov.my

Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)

Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)

Sumber: www.treasury.gov.my Dan Kulanzsalleh

15 COMMENTS

  1. ingin mengpertengahkan masalah dilanda oleh para penerima bantuan pada hari pertama, 1 febuari 2013 bagi miri, sarawak (dewan suarah)

    bagaimana hendak mengenal pasti tarikh untuk menerima bantuan (BR1M) di tempat masing masing? tahun lepas, kawasan miri dibahagi mengikut fasa dimana nama penerima boleh disemak sendiri dari senarai nama nama mengikut kawasan kediaman atau terus berhubung dengan para petugas NGO menerusi internet. pada tahun ini selepas memerhati keadaan pada 1 feb 2013, para NGO tidak kelihatan dan dari senarai nama dipamerkan tidak seperti tahun lepas (mengikut fasa). maklumat mengenai bagaimana hendak menentukan juga tidak diberitahu. ini amat menyusahkan para penerima yang datang jauh ke tempat dikhaskan untuk menerima bantuan tersebut. ingin pengelasan. sekian terimakasih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge