assalamualaikum….

petang ini tepat jam 5 ptg waktu malaysia akan berlangsungnya perlawanan pembukaan bola sepak suka sea indonesia diantara malaysia dan singapura. sama-sama lah kita memberi sokongan padu..semoga malaysia dapat pertahankan pingat emas sukan sea yg lepas..

Petang ini, Harimau Muda bakal melayan cabaran Singapura bagi aksi pembuka tirai Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pukul 4 petang (5 petang waktu Malaysia), sekali gus menjadi penentu sejauh mana kemampuan skuad Kim Swee pada temasya kali ini.

Tiga mata berharga perlu diraih bagi mengelak skuad negara terpaksa menempuh ranjau penuh berliku pada aksi seterusnya kerana tuan rumah, Indonesia dijangka tidak berdepan masalah untuk menewaskan cabaran Kemboja dalam satu lagi aksi Kumpulan A pukul 7 malam waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).

Menangi Apple Ipad 2 Malaysia Untuk Teman Setia

Begitupun, jika tewas atau seri, Harimau Muda sepatutnya tidak ‘mengibarkan bendera putih’ terlalu awal kerana skuad Rajagobal juga kembali bangkit selepas bergelut di peringkat kumpulan sebelum muncul juara.

Duka yang diratapi ‘abang’ mereka, Harimau Malaya yang ditunjukkan jalan keluar oleh Singapura dengan agregat 4-6 pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014, Julai lalu juga harus ditebus oleh anak buah Kim Swee.

Ketika itu, jutaan peminat fanatik bola sepak tempatan masih belum dapat melupakan enam gol memilukan hasil jaringan Alexandar Duric (dua gol), Qiu Li, Mustafic Fahrudin, Shahril Ishak dan Shi Jia Yi.

Menangi iPhone 4S, iPad2, Samsung Galaxy SII Di Denaihati.Com

Apa yang pasti, Harimau Muda harus berwaspada dengan 1,001 helah yang bakal direncanakan pengendali Singapura, Slobodan Pavkovic yang diperkuatkan dengan kehadiran tiga pemain kebangsaan, Izwan Mahbud, Shahdan Sulaiman dan Afiq Yunos.

Sang Singa turut menerima khabar gembira selepas kaptennya, Hariss Harun dan dua lagi rakan sepasukan, Safuwan Baharudin serta Khairul Nizam Kamal turut diberikan pelepasan pada program Khidmat Negara yang diwajibkan Singapura sebelum ini.

Keputusan Malaysia Vs Singapura Sukan Sea

*akan diupdate semula.

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge