Home LIFESTYLE Susah Jadi Blogger Separuh Masa – Tip Elakkan Keletihan Sebagai Student Dan...

Susah Jadi Blogger Separuh Masa – Tip Elakkan Keletihan Sebagai Student Dan Blogger

1328
9

assalamualaikum semua….pergghhh..penattt..tu jer yang boleh aku ungkapkan selama 2 minggu aku belajar di universiti ni…

blogger separuh masa, aku percaya hampir 80% blogger malaysia merupakan blogger separuh masa atau blogger yang menjadi kan blog sebagai side income. sama seperti aku, aku pun menjadikan platform blog sebagai side income aku at least dengan buat blog aku dah boleh sara duit bil internet, top up, hosting dan kadang-kadang boleh beli barangan keperluan harian. sungguh besar impak blog terhadap hidup aku sejak awal tahun ini dimana melalui blog la tempat aku lepak, cari makan, cari info dan kadang-kdang tempat meluahkan rasa tidak puas hati terhadap something. nasib baik blog ni tak boleh bercakap kalau tau mau tiap-tiap hari aku kena sound sebab buat entry yang agak annoying.

aku mula berblog tahun lepas lagi tapi at that time aku x terasa susah walau sedikitpun untuk menghasilkan entry setiap hari,maybe disebabkan tahap pengajian aku diploma yang menyebabkan aku masih ada masa untuk mengadapt laptop hari-hari. namun bila sambung belajar di peringkat degree masa untuk aku luangkan dengan blog cukup limited. mengadap laptop pun hanya untuk baca paper dan buat assignment.

sekarang blog aku pun agak terbiar, ranking alexa entah kemana, page rank silap-silap boleh ditarik dari PR4 ke PR0, income toksoh cakap ar, merudum, nak makan kepci pun tak lepas.

sekarang baru lah aku mengerti erti seorang student di samping menjadi blogger, cukup-cukup susah. aku tabik la kepada sesiapa yang berjaya sebagai blogger separuh masa ni. it so hard for me….kesain aku tgk keadaan blog aku sekarang…

tambahan pulak blog sukan aku makin mendapat perhatian, so blog sukan aku perlu di utamakan dari blog peribadi dan blog berita semasa aku…

kadang-kadang memang penat jadi student dan blogger ni, nak bersukan pun agak terhad. so bila minda penat sudah semestinya pelajarang akan tergangu. saranan aku kita dahulukan yang mana patut didahulukan..bak kata Najib “Rakyat didahulukan, Pencapain diutamakan” tapi..korang pikir lah sendiri slogan 1 Malaysia Najib tu..

sedikit tip elekkan keletihan…

Tips

*Tidur sebentar kira-kira 20 minit pada tengah hari (sebelum Zuhur) atau selepas kerja. Tapi jangan lupa memasang jam loceng: tidur lebih lama akan menganggu waktu tidur pada sebelah malam.
* Jangan abaikan sarapan.
* Ketika hampir waktu tidur, elakkan makanan berat, berlemak, atau minuman berkafein (seperti kopi, teh, koko).
* Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.
* Tidurlah sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam.
* Bergiatlah selalu. Senaman yang sederhana boleh mengurangkan rasa  penat.
* Jangan bergantung kepada makanan pemberi tenaga atau bergula. Sebaliknya makanlah karbohidrat kompleks (pasta, bijirin dan kekacang) dan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Lakukan ujian darah untuk mengesan masalah tiroid atau anaemia jika lesu berlanjutan.

9 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge