pergghh..tiba tiba aku kuarkan entry bersejarah macam ni kan…sebenarnya masa aku berada kat universiti tun hussien onn UTHM 2 minggu lepas, ada persembahan dari pelajar UNIMAS yang berkisarkan kisah puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang ni, so aku sedikit sebanyak terasa nak tau la apa kisah di sebalik cerita ni, jadi apa lagi..google jer la…ni la hasih nya…aku kongsi di sini…
agak sayu jugak la bila baca kisah mereka ni….
gunung santubong
gunung sejinjang bersebelahan dgn gunung santubong
Puteri Santubong merupakan cerita rakyat / sastera rakyat negeri Sarawak yang meniti dari bibir ke bibir. Ia diperturunkan dari generasi ke generasi kerana ada unsur-unsur pengajarannya di dalamnya. Selain itu untuk memberi ‘logik’ kisah kejadian dan kemunculan sesuatu perkara. Oleh kerana ia merupakan cerita lisan iaitu cerita mulut yang diceritakan dari nenek, ibu bapa kepada kepada cucu dan anak-anak kecil, ceritanya sentiasa berubah, berkurang atau bertambah untuk menyedapkan lagi cerit
Puteri Santubong & Puteri Sejinjang adalah merupakan puteri-puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang saudara lelaki mereka kerana ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18.
Memandangkan 9 orang putera & puteri ini dalam pelarian ingin menuju ke Tanah Melayu yang memaksa mereka menyeberangi Laut China Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah bersepakat untuk meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka, Puteri Santubong & Puteri Sejinjang di satu kawasan yg kini terletak di Kuching.
Kedua-dua puteri tersebut akhirnya mencari tempat perlindungan di sebuah gunung yang kini dikenali sebagai Gunung Santubong. Dan kerana berlaku perbalahan di antara dua beradik tersebut, maka Puteri Sejinjang telah mencari tempat perlindungan lain di sebuah gunung yg bertentangan dengan Gunung Santubong iaitu Gunung Sejinjang.
Bagi orang-orang Dayak di Sarawak yang selalu ke kawasan dua gunung tersebut mula berasa hairan. Mereka berfikir akan dari mana datangnya kedua-dua gadis tersebut yang mereka tidak pernah temui sebelum itu di kawasan tersebut. Mereka menganggap kedua-dua puteri tersebut telah ‘Turun Dari Kayangan’ (seperti yang terdapat di dalam lirik lagu Puteri Santubong – “anak dak dewa turun kayangan”.
Sementara itu, 7 orang bersaudara (putera-putera Sultan Brunei) itu pula dikatakan meneruskan pelayaran mereka sehingga ke Pulau Pinang. Setelah mendarat dan berjalan untuk mencari tempat tinggal, sesampainya di suatu kawasan di Pulau Pinang, burung bayan yang mereka bawa dari Brunei telah terlepas. Maka dari situlah kawasan di mana burung bayan mereka terlepas mula dikenali sebagai Bayan Lepas.
Kini, keturunan dari 7 orang putera Sultan Brunei itu masih menetap di kawasan tersebut dan sebahagiannya telah berhijrah ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia ini. Cuma keturunan mereka ini tidak lagi memakai sebarang gelaran atau panggilan di depan nama mereka seperti Pengiran atau Datu. Mungkin 7 orang Putera tersebut tidak mahu lagi mengunakan gelaran tersebut agar kumpulan komplot yang membunuh ayahanda mereka itu tidak akan dapat menjejaki mereka dan keturunan mereka lagi. Namun, keturunan 7 orang putera tersebut kini masih percaya yang mereka sememangnya adalah dari keturunan Sultan Brunei. Cuma apa yang mereka hairan dan musykilkan ialah mengapakah nenek-moyang mereka terpaksa melarikan diri dari Brunei hingga sejauh ke Pulau Pinang?!.
ni sedikit komen mengnai org ramai pasal kisah ni..tp tak tau la pasal lagu dia ke pasal kisah diorang…
Ada seorang kawan pernah bercerita. Ketika trip dia satu pejabat ketika pergi ke kawasan Gunung Santubong. Sibuk mengambil gambar. Bila gambar dah siap, yang ada dalam foto bukan pose kawan sepejabatnya. sebaliknya imej yang tertangkap menghala arah langit dengan wajah seorang berambut panjang ikal mayang berpakaian baju kurung sarawak lama, terawang awang tidak pijak bumi. sayang dia tak simpan foto tu lagi sebab dia takut nak tengok dah pastu
Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang ialah anak dewa yg turun dari kayangan untuk menjaga gunung di Sarawak. Suatu hari mereka bergaduh kerana merebutkan Putera Serapi. Seorang puteri belagak lagi bagus dan seorang tak akan mengalah sehingga mati. Padahal mereka bersumpah tidak akan berkelahi. Sejinjang memukul pipi Santubong lalu Santubong membalas dengan menikam dengan batang belida.Akibatnya Sejinjang bertukar menjadi Pulau Kera dan Santubong menjadi Gunung Santubong.
lagu puteri santubong
penyanyi lagu ni x boleh sebut huruf ‘R’ la…hehhe..best dgr..sebijik macam gua
ps: teringin nak ke sarawak..bila la agaknya…





{ 5 comments… read them below or add one }
saya harap anda mesti bubuh lirik lagu puteri santubong puteri sejinjang supaya kita dapat tahu lirik lagu ini……..terima kasih….
Sleng orang sarawak sebut “R” memang camtu…heheheheh xD (Yes, I’m sarawakian) ngahahhaa
Yui_Wani recently posted..Today’s Half-Day Story
mcm tu ker??? hahah..kena jadi org sarawak la aku pasnih
faizal fredley recently posted..Aku Seorang Blogger Edisi Faizal Fredley
perghhh!! mcm baca buku sejarah daaaa…hahaha =D
eZmALizA recently posted..Tahniah Ezmaliza kerana berjaya menamatkan 3 tahun pengajian kamu di UniMAP.
hahaha..ada lak…
faizal fredley recently posted..Aku Seorang Blogger Edisi Faizal Fredley