Faizal Fredley

SAKIT ITU UJIAN ALLAH

Assalamualaikun dan selamat pagi semua…tepat jam 2.00 pagi mata aku masih lagi tertumpu ke skrin laptop memerhatikan gelagak para blogger di ruangan sahabat blogger..macam-macam post yang diorang bincangkan…kadang-kadang senyuman terukir di bibir aku dikala hati mula tercuit dengan idea-idea yg tak tercapai oleh akal ku…sesungguhnya diorang memang menghilangkan tekanan di jiwa aku..

semalam merupakan satu malam yang paling panjang bagi aku….kesakitan yg aku alami bagaikan memberi petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena ke atas diri aku…tapi aku cuba untuk tidak menghiraukan kesakitan itu malah aku gagahkan tubuh mampat ini kedapur untuk menghirup sseteguk air supaya dapat hilangkan dahaga aku….lepas minum aku sambung tidur dengan harapan sakit itu akan hilang dan hari esok akan menjelma…

6.45 pagi aku bangkit dari tidur ayam aku untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim…selepas solat aku siap-siap untuk ke pejabat dikala itu sakit aku masih lagi menguasai seakan-akan mahu aku ambil mc untuk hari itu tapi itu tidak mungkin disebabkan aku baru sahaja ambil cuti hari sebelum nya..

tibanya di pejabat sekuntum senyuman aku sedekahkan kepada rakan-rakan sepejabat , lantas aku on pc dan jari mula menaip mengoogle tentang penyakit yg aku hadapi semalam…alangkan terkejutnya aku bila semua tanda-tanda yg aku alami adalah penyakit…….ok kau tidak akan mention disini…

lepas solat jumaat aku ambil cuti dan terus ke hospital putrajaya…setelah 1 jam menunggu akhirnya tiba giliran aku di periksa….dalam hati hanya tuhan saja yg tahu perasaan aku….

setelah siap di periksa doktor bagi aku beberapa jenis ubat yg aku pun x pasti fungsi setiap ubat alangkah baggangnya aku waktu itu sehingga fungsi ubat pun aku tak tau…tapi x per nama ubat dan arahan ada di plastik ubat boleh di google..

ok tu jer la aku nak kongsi..heeh..ni kisah aku yg sebenar….harap-harap aku cepat sembuh doakan aku geng…

psst: andai penyakit ini satu ujian bagi aku akan aku cuba hadapi dengan setabah hati aku..semoga Allah perkukuhkan iman aku dalam menjalani ujian nya ini..”Ya Allah,jika sakit ini membuatkan aku lebih beriman dan membuatkan aku sedar akan kesilapan ku,maka aku sanggup ya Allah..dan jika sakit ini bisa menghapuskan dosa-dosa yang telah aku lakukan,maka aku juga sanggup ya Allah..dan engkau sembuhkanlah diriku dengan kekuasaanMu (bukan dengan ubat)..dan ampunilah dosa2 hamba ya Allah..sesungguhnya Engkau berkuasa mengubah segala sesuatu sedangkan makhluk tiada kuasa..”



Denai.my - Catatan kembara seantero dunia

3 thoughts on “SAKIT ITU UJIAN ALLAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge