Tutorial Pasang CommentLuv Di Blogspot

Ok hari ni aku nak bagi tutorial cara-cara untuk memasang commentluv untuk blogspot memandangkan dah ramai yang tanya aku macam mana nak pasang comment luv. tapi masa tu aku x tahu la nak jawab macam mana sebab aku guna wordpress, so pasal blogspot ni x lah mahir sangat walaupun dulu aku pernah pakai blogspot tapi x sampai setahun pun…

tengah blogwalking tadi aku terjumpa tutorial ni kat salah satu blog faverat aku iaitu Arifshah…sapa x kenal arifshah ni aku x tau la nak kata apa..sebab aku tgk prestasi blog dia memang mantop jugak lah selain justkhai.com. so tak hairan la kalau ramai yg menjadi kan blog beliau sebagai rujukan..lagipun entry yang dikeluarkan memang berkualaiti..aku harap blog aku boleh menjadi seperti arifshah.com dan justkhai.com

ok x guna aku membebel banyak2 jom kita tgk cara-cara nak letak comment luv ni..

Langkah-langkah untuk memasang CommentLuv di Blogspot:

Cara paling senang nak pasang CommentLuv adalah dengan memasang IntenseDebate kat Blogspot korang. Register kat IntenseDebate.com.

1. Login dan klik Install IntenseDebate.
2. Dah add tu, jangan continue dengan step dia lagi. Klik Sites> Blog anda> Plugins> Activate CommentLuv. Edit la segala options yang ada, boleh letak Facebook share button sekali kalau nak.
3. Dah set up, klik Tools> Reinstall.
4. Select installation type: Aku cadangkan supaya pilih Template. Tak susah sangat sebenarnya.
5. Install only on all new post, kalau tak komen-komen lama akan hilang (hidden).
6. Buka Blogger.com> Dashboard> Blog anda> Layout> Edit HTML> Download Full Template.
Pastikan korang simpan copy .xml file tu seperately, just in case kalau apa-apa terjadi, boleh restore balik.
7. Browse file .xml tadi, klik Upload file and continue.
8. Dah upload, copy code (CTRL+A dan CTRL+C) yang telah di modify.
9. Lepas tu pergi semula ke Blogger.com> Dashboard> Blog anda> Layout> Edit HTML>, paste (CTRL+A dan CTRL+V) code baru.

ok toturial ni aku copy paste dari arifshah.com dan dah mintak izin tapi x tau la kalau dia bagi ke tak..hehhe..so kepada korang yg nak lebih terang lagi bersuluh korang boleh serang di Tutorial Pasang CommentLuv Di Blogspot sebab ku just nak kongsi jer…lagi pun aku x mahir sangat pasal blogspot…

psst: tgh cari tutorial nak buat pavicon (ejaan x pasti betol ke x) utk wordpress…sapa tau boleh shared kat aku…

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

30 COMMENTS

  1. bagus pake ni..penah pake dulu. tapi penah terbaca yg custom comment platform ni xdapat direct traffic, dia pegi ke intense tu. satu lagi custom disqus kan? btul x ni?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge